Reman lelaki jual video aksi seks bersama lebih 20 wanita disambung hingga esok

Reman lelaki jual video aksi seks bersama lebih 20 wanita disambung hingga esok

Reman lelaki jual video aksi seks bersama lebih 20 wanita disambung hingga esok

KUALA LUMPUR: Tempoh reman lelaki yang ditahan kerana menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi media sosial pada 18 Januari lalu, dilanjutkan empat hari sehingga esok.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan, hari ini berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek yang juga warga tempatan berusia 31 tahun itu.



Katanya, tempoh reman terhadap dua wanita yang ditahan bersama suspek utama turut dilanjutkan empat hari sehingga esok.

“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat setelah siasatan dilengkapkan,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan lelaki yang dikesan menjalankan aktiviti menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.

Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang, 17 Januari lalu.

Ketiga-tiga suspek kemudian direman lima hari bermula 18 Januari lalu sehingga Isnin lalu untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan berkata penahanan suspek hasil maklumat dan risikan JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek utama memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, sejak awal tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalah dan hilang deposit tetapi masih ghairah berpolitik




Suspek kemudian merakam video dia melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.

Selain meniduri teman wanitanya, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo turut meniduri sebahagian pelanggan wanita dalam saluran aplikasi Telegram berkenaan.

Mohd Shuhaily berkata, modus operandi yang digunakan adalah dengan mengajak pelanggan melanggan menerusi pautan promosi yang diiklankan dalam aplikasi Telegram oleh suspek sebelum urusan pembayaran dipersetujui.



Selepas pembayaran dibuat, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk terus menonton video lucah yang dilakonkan dan dirakam suspek sendiri.

“Siasatan juga mendapati setakat 16 Januari lalu suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Billionaire’s Last Supper, Tapi Mana Mirzan?



 

“Semua pelanggan aplikasi ini adalah rakyat Malaysia daripada golongan lelaki miang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” katanya.

Katanya, polis turut menemui semua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya, selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Reman lelaki jual video aksi seks bersama lebih 20 wanita disambung hingga esok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button