Dua remaja ditahan polis kes curi sosej, isi ketam milik jiran



Dua remaja ditahan polis kes curi sosej, isi ketam milik jiran

Dua remaja ditahan polis kes curi sosej, isi ketam milik jiran
– Foto hiasan.

AMPANG JAYA: Dua remaja lelaki ditahan selepas disyaki memecah masuk sebuah stor makanan jiran mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Ampang Campuran, di sini, awal pagi semalam.

Kedua-dua remaja itu diberkas selepas mangsa, seorang wanita berusia 38 tahun menyedari tindakan mereka memecah masuk stor berkenaan yang terletak di sebelah rumahnya, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata selepas suspek beredar, mangsa memeriksa stor dan mendapati pintu jeriji bengkok, dipercayai ditendang suspek untuk masuk ke dalamnya.

“Hasil maklumat pengadu, polis kemudian memberkas suspek pada jam 6 pagi semalam. Mereka mencuri satu paket sosej dan satu paket isi ketam milik mangsa berharga RM30.

“Suspek berusia 21 tahun yang juga jiran mangsa diberkas bersama rakannya berusia 22 tahun, dipercayai memecah masuk stor makanan itu untuk mencuri makanan milik mangsa yang juga peniaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum selama empat belas tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

Dua remaja ditahan polis kes curi sosej, isi ketam milik jiran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker