Pelakon Lee Ji Han antara terkorban tragedi Halloween Itaewon
Pelakon Lee Ji Han antara terkorban tragedi Halloween Itaewon
PELAKON dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilaporkan meninggal dunia sewaktu tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada Sabtu lalu.
Agensi pelakon berkenaan, 935 Entertainment mengesahkan kematian aktor itu dalam insiden berkenaan seperti dilaporkan Soompi.
“Kami juga berharap perkata ini tidak benar dan kami sangat terkejut mendengar khabar itu.
Dalam pada itu, berita kematian aktor berkenaan diketahui umum selepas beberapa rakan selebriti termasuk Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial masing-masing.
“Ji Han telah meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa.
“Kami meminta anda untuk mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya,” tulis mereka.
Sementara itu, upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji pada Isnin, manakala majlis pengebumian akan berlangsung pada 1 November 2022.
Untuk rekod, seramai 151 orang maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyambut perayaan Halloween di Itaewon.
Pelakon Lee Ji Han antara terkorban tragedi Halloween Itaewon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS
- At Takiri dedah PAS mungkir janji
- Konflik PPBM, Rafiq tanding Masjid Tanah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan