Lim Guan Eng: PH Akan Hapuskan Tol Kalau Menang PRU 15
Lim Guan Eng: PH Akan Hapuskan Tol Kalau Menang PRU 15
Pakatan Harapan sekali lagi mengulangi janji untuk menghapuskan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 15.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis makan malam di Jelapang pada malam Ahad lepas.
China Press melaporkan, Guan Eng berkata, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.
“PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun”.
Baca di sini:
Untuk rekod, janji yang sama pernah diikrarkan oleh Pakatan Harapan semasa berkempen untuk PRU 14 pada tahun 2018.
Pada waktu itu, PH berjaya memperdaya rakyat Malaysia dengan meyakinkan bahawa mereka akan melaksanakan janji sekiranya diberikan mandat.
Salah seorang mantan ahli parlimen yang juga menteri kabinet PH pernah berjanji, rakyat boleh menuntut bayaran tol di pejabat beliau sekiranya masih wujud tol selepas PRU 14.
Namun, selepas diberikan mandat oleh rakyat, janji hanya tinggal janji.
Dan plaza kutipan tol masih lagi kukuh berdiri walau pun PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 14.
Malah mantan perdana menteri era PH, Dr Mahathir, mendakwa bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan idea untuk menghapuskan tol.
Dr Mahathir mengakui segala janji yang dibuat oleh PH sebelum PRU 14 hanyalah janji kosong.
Ianya kerana mereka tidak menyangka akan memenangi PRU 14.
Baca di sini:
Rakyat Sudah Bijak Untuk Menilai
Kini sekali lagi PH cuba melakukan penipuan yang sama ke atas rakyat Malaysia.
Tujuan PH sangat jelas, tidak lain dan tibukan hanyalah untuk mendapatkan mandat dari rakyat Malaysia melalui PRU 15 nanti.
Dan penulis begitu yakin, sekiranya PH diberikan mandat sekali lagi, maka mereka akan mencipta pelbagai alasan untuk memungkiri janji mereka.
Penulis juga sangat yakin, adalah amat mustahil untuk rakyat Malaysia sekali lagi terpedaya dengan janji bulan dan bintang PH.
Rakyat sudah serik dan sudah cerdik untuk menilai segala penipuan PH sebagaimana yang mereka lakukan dalam PRU 14.
Lim Guan Eng: PH Akan Hapuskan Tol Kalau Menang PRU 15
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan
- PPBM Makin Tenat, Naib Presiden Umum Keluar Parti
- Hadi Awang Di Jangka Akan Tewas Dalam PRU 15