Anak tumbuk, pijak tubuh ibu ditahan

Anak tumbuk, pijak tubuh ibu ditahan

Anak tumbuk, pijak tubuh ibu ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun selepas dipercayai menumbuk muka dan memijak tubuh ibunya hanya kerana wanita itu dikatakan tidak mengemas rumah, semalam.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira jam 6 petang, Jumaat lalu.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 44 tahun tampil membuat satu laporan polis pada jam 2.40 petang, kelmarin.

Katanya, siasatan mendapati pengadu dipukul oleh suspek yang tidak berpuas hati kerana berasakan ibunya tidak mengemas rumah.

“Ketika kejadian, suspek bertindak mengunci pintu hadapan rumah sebelum membaling barang-barang perhiasan ke arah pengadu.

“Suspek kemudian menumbuk muka dan memijak dada kiri pengadu menyebabkan wanita itu cedera pada muka dan badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau, suspek ditahan di sebuah lokasi di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, kira-kira jam 7.30 malam, semalam.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkait kes jenayah dan ujian saringan air kencing ke atasnya didapati negatif penggunaan dadah.

“Ketika soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu. Dia kini direman empat hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohamad Fakhruddin berkata, hasil siasatan juga mendapati kejadian seumpama itu bukan kali pertama dilakukan suspek ke atas ibunya.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Anak tumbuk, pijak tubuh ibu ditahan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button