Jumlah penduduk asing di England dan Wales meningkat mendadak
Jumlah penduduk asing di England dan Wales meningkat mendadak
LONDON: Penduduk kelahiran negara asing di England dan Wales meningkat mendadak sejak sedekad lalu dengan peningkatan ketibaan dari Romania, India dan Poland, berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menurut data daripada bancian terbaharu yang dijalankan tahun lepas, migrasi mendorong peningkatan 6.3 peratus dalam populasi antara 2011 dan 2021.
Pejabat Perangkaan Kebangsaan berkata, sebanyak 16.8 peratus penduduk dilahirkan di luar negara berbanding hanya 13.4 peratus dekad sebelumnya.
Angka-angka itu dikhuatiri mencetuskan perpecahan mengenai isu pendatang asing selepas Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
Walaupun terdapat ahli politik dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak yang mahukan had ketat ke atas bilangan pendatang asing ke UK, masih ramai berpendapat penguasaan lebih longgar diperlukan untuk merangsang ekonomi dan menyelesaikan masalah kekurangan buruh terutamanya dalam sektor hospitaliti.
Profesor politik Universiti Strathclyde dan penganalisis pilihan raya terkemuka Britain, John Curtice berkata, sikap rakyat negara ini terhadap kesan migrasi kini jauh lebih baik berbanding pada tahun 2016.
“Majoriti penduduk kini berpendapat migrasi pendatang asing adalah baik untuk ekonomi dan ia baik untuk kehidupan budaya kita,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
- Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur
- PRU 15 : Pilihanraya paling ramai calon Perdana Menteri.
Rekod bilangan pendatang yang tiba dengan bot kecil untuk mendapatkan suaka menggugat agenda politik Britain baru-baru ini selepas laporan mengenai keputusan dibuat Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman menyebabkan beribu-ribu orang ditahan secara haram di pusat migrasi.
Braverman mencetuskan kemarahan parti pembangkang selepas menyifatkan pendatang yang menyeberangi Selat Inggeris ke UK sebagai pencerobohan.
Pengkritik mengatakan istilah itu merujuk kepada teori konspirasi sayap kanan yang membawa kepada keganasan terhadap pendatang di seluruh dunia.
Bilangan penduduk kelahiran asing meningkat sebanyak 2.5 juta sepanjang sedekad lalu kepada 10 juta orang kini dengan India mencatat jumlah tertinggi iaitu 920,000 orang.
Rakyat Romania pula mewakili peningkatan terbesar selepas angka pendatang dari negara itu melonjak kepada 539,000 orang tahun lepas berbanding hanya 80,000 pada 2011.
Perangkaan itu juga menunjukkan 5.9 juta orang atau 9.9 peratus daripada penduduk memegang pasport negara luar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kepentingan Peribadi Mengatasi Kepentingan Parti
- 2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon
- Sebelum kena ‘pancung’ Zahid ‘pancung’ dulu.
Braverman juga pernah mencetuskan perbalahan semasa rundingan perdagangan dengan India selepas menyatakan kebimbangan mengenai usaha melonggarkan urusan visa untuk negara itu.
London masih kekal sebagai bandar dengan jumlah terbesar orang yang dilahirkan di luar UK selepas mencatat peningkatan daripada 36.7 peratus pada 2011 kepada 40.6 peratus penduduk luar di bandar itu sementara Wales dan timur laut England mencatat angka kurang daripada 7 peratus.-AGENSI
Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN
Jumlah penduduk asing di England dan Wales meningkat mendadak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji manifesto PRU15 PH di umum oleh Anwar ada ‘Tapi’ nya.
- Kemajuan negara akan terbantut selagi ada politik cara Mahathir.
- Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN