Resepi Sambal Goreng Jawa

Resepi Sambal Goreng Jawa
Resepi Sambal Goreng Jawa

Sambal goreng jawa versi bersantan. Ramai follower bagitahu Che Nom kalau sambal goreng jawa versi ada santan ini, dipanggil juga Sambal Goreng Pengantin, betul ke? Apa-apa pun, masakan ini memang sedap. Che Nom boleh makan meratah macam tu saja. Bukan saja sedap tapi cukup berkhasiat sebab ada sayur, ada soya dalam bentuk tauhu, tempe dan fucuk… boleh juga tambah udang, daging, paru ataupun hati. Satu hidangan ini sahaja sudah cukup macam-macam ada didalamnya.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 3-4 tangkai cili padi
    • 1 inci lengkuas
    • ½ cawan kecil ikan bilis
    • ½ cawan air
  • Bahan-bahan untuk goreng:
    • 1-2 biji kentang
    • 2 keping tempe
    • 2 ketul tauhu
    • sedikit serbuk kunyit
    • sedikit garam
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • 1 batang serai
    • 6-7 batang kacang panjang
    • 1-2 tangkai cili merah
    • fucuk dan suhun
    • 3-4 sudu besar air asam jawa
    • 4-5 ekor udang
    • 1 mangkuk santan segar ATAU 100ml santan kotak
    • garam secukup rasa
    • gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sambal goreng jawa:
    1. Gaul sekata setiap bahan-bahan untuk goreng dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
    2. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan sehingga keperangan lalu angkat dan toskan minyak.
    3. Tumis bahan-bahan kisar halus sehingga garing dan pecah minyak.
    4. Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau serai tersebut, Kemudian, masukkan bahan-bahan goreng, fucuk dan suhun serta sedikit air asam jawa.
    5. Masukkan kacang panjang yang dipotong 2 inci panjang, santan pekat, udang, garam, gula secukup rasa, cili merah.
    6. Masak sehingga udang kelihatan merah dan boleh ditambah lebih santan jika mahukan sedikit kuah dan berlemak.
    7. Kemudian, sambal goreng jawa siap dimasak dan boleh dihidang.

 



Tip:

 

  • Cili merah boleh digantikan dengan cili kering jika mahu.
  • Jika nak elakkan cepat basi, masak santan sekejap sebelum dimasukkan dalam sambal goreng jawa.

Resepi Mee Jawa yang mudah

Resepi Sambal Goreng Jawa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button