Lebih 6,000 banduan dibebas junta tentera Myanmar
Lebih 6,000 banduan dibebas junta tentera Myanmar
YANGON: Lebih 6,000 banduan akan dibebaskan oleh junta tentera Myanmar, termasuk seorang bekas duta Britain, wartawan Jepun dan penasihat ekonomi Australia, di bawah pengampunan yang jarang berlaku itu.
Jelas seorang pegawai kanan, bekas wakil Britain, Vicky Bowman; penasihat ekonomi Australia, Sean Turnell dan wartawan Jepun, Toru Kubota, akan dibebaskan sempena Hari Kebangsaan Myanmar.
“Secara keseluruhannya, 5,774 banduan termasuk kira-kira 600 banduan wanita akan dibebaskan,” katanya.
Bowman, yang berkhidmat sebagai duta dari 2002 hingga 2006, dipenjarakan selama setahun bersama suaminya, yang juga artis terkenal, Htein Lin pada Ogos lalu kerana menyenaraikan alamat tempat tinggal berbeza daripada yang disenaraikan dalam sijil pendaftaran warga asingnya.
Pada September lalu, Sean Turnell yang bekerja sebagai penasihat Suu Kyi disabitkan oleh mahkamah tertutup junta kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi dan masing-masing dipenjara tiga tahun.
Kubota, 26, pula ditahan pada Julai lalu berhampiran perhimpunan antikerajaan di Yangon bersama dua warga Myanmar dan dipenjarakan selama 10 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mas Emieryati Cuba Bersembunyi Di Sebalik Imej Simpati
- Maszlee Malik Di Usir Penduduk Tempatan Ketika Mahu Berkempen
- Mas Ermieyati Gagal jadi Ketua Menteri berkemungkinan akan gagal jadi Ahli Parlimen selepas PRU15
Kubota merupakan wartawan asing kelima yang ditahan di Myanmar, selepas warga Amerika Syarikat (AS), Nathan Maung dan Danny Fenster; Robert Bociaga dari Poland dan Yuki Kitazumi dari Jepun, yang mana kesemua mereka kemudiannya dibebaskan dan dihantar pulang.
Sehingga Mac ini, 48 wartawan kekal dalam tahanan di seluruh negara itu, menurut kumpulan pemantau Reporting ASEAN.-AFP
Lebih 6,000 banduan dibebas junta tentera Myanmar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mantan Ketua Srikandi PPBM Melaka Akui PPBM Tidak Mampu Saingi BN Dalam PRU 15
- Mas Ermieyati Kecewa, Abdul Hakim Makin Di Senangi Anak Muda
- Kenyataan Rafizi terhadap Azam Baki, SPRM sepatut lapor Polis ugutan terhadap Penjawat Awam.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah