Wales, AS sama handal

DOHA: Gareth Bale memuji aksi dipamerkan Wales apabila bangkit daripada babak pertama yang hambar selepas pasukannya mengikat Amerika Syarikat (AS) 1-1 pada perlawanan Piala Dunia pertama mereka sejak 64 tahun.

AS mendahului perlawanan menerusi Timothy Weah pada awal babak pertama, namun Wales sekali lagi bergantung harap kepada Bale untuk menyelamatkan kedudukan menerusi sepakan penalti ketika saingan berbaki lapan minit.

“Jujurnya bukan babak pertama yang baik, mereka bermain dengan baik dan kami pula sebaliknya.



“Kata-kata yang hebat daripada penjaga gol pada babak pertama dan pemain terus berjuang serta bersaing seperti mana kami sering lakukan.

“Satu titik yang hebat untuk menggambarkan di mana kami berada, kami menunjukkan karakter semula seperti di EURO 2020 dan sekali lagi mempamerkannya,” kata Bale.

Pengurus Wales, Rob Page berharap pasukannya kini mampu mengikuti permulaan yang hampir sama dengan EURO 2020 ketika mereka berada di tempat kedua kumpulan selepas memulakan kempen, terikat 1-1 dengan Switzerland.

“Untuk bangkit selepas ketinggalan satu gol menentang pasukan sangat bagus seperti AS bagi kami ia hampir sama seperti EURO.



“Kami menunjukkan karakter dan kesungguhan. Adalah penting memulakan kejohanan untuk tidak tewas, jadi kredit kepada pemain,” kata Page.

Wales selepas ini dijadual bertemu Iran, pasukan yang ditewaskan 2-6 oleh England.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading