Mahu jual buah pinggang demi RM52,000

Mahu jual buah pinggang demi RM52,000

Mahu jual buah pinggang demi RM52,000
FOTO HIASAN

Jakarta: Polis Indonesia menahan seorang lelaki dari Kudus, Jawa Tengah, dikenali sebagai RA yang berniat menjual buah pinggangnya ke India dengan harga 175 juta rupiah (kira-kira RM52,550).

Kompas melaporkan, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara, pada Selasa lalu, ketika hendak terbang ke India.

Selain RA, polis turut menahan seorang lelaki bernama Mulyaji, yang bertindak sebagai orang tengah dalam kes penyeludupan organ.



Pengarah Jeneral Detektif Jenayah Polis Daerah Sumatera Utara, Komisioner Sumaryono, menyatakan berdasarkan kenyataan RA, dia pada mulanya mengikuti akaun media sosial yang menawarkan jual beli buah pinggang.

Katanya, kandungan akaun di media sosial itu menyatakan bakal pembeli dan penyelaras yang dipercayai berada di India.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




“RA kemudian menawarkan diri untuk menjual buah pinggangnya. Selepas itu, RA diminta untuk memeriksa keadaan buah pinggangnya di makmal, dan keputusan menunjukkan ia sihat.

“Urus niaga itu diatur oleh penyelaras yang dikenali sebagai EC dan tawaran harga yang diletakkan adalah sebanyak 175 juta rupiah (kira-kira RM52,550).

“Bagaimanapun, RA hanya menerima 10 juta rupiah (kira-kira RM3,003) daripada jumlah itu,” kata Sumaryono dalam sidang media di Polda Sumatera Utara, petang Jumaat.

Beliau berkata, RA dan Mulyaji kemudian diminta pergi ke India, di mana pengekstrakan buah pinggang dijangka berlaku.



Dalam kes itu, katanya, Mulyaji memainkan peranan sebagai perantara antara RA dan pembeli buah pinggang serta EC.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?


“Proses pengambilan buah pinggang kemungkinan akan dilakukan di luar negeri. Mereka ditangkap sebelum pergi ke India untuk urusan pembedahan,” kata Sumaryono.



RA, dalam kenyataannya kepada polis, mengakui berhasrat menjual buah pinggangnya bagi membiayai rawatan perubatan adiknya yang sakit.

Polis sudah merampas barang bukti antaranya sejumlah 10 juta rupiah (kira-kira RM3,003) tunai, telefon bimbit yang mengandungi bukti percakapan dan nombor akaun bank.

Mulyaji didakwa mengikut Anti Pemerdagangan Manusia (TPPO) dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda 600 juta rupiah (kira-kira RM180,170).

Mahu jual buah pinggang demi RM52,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button