Suria FM bakal ‘on air’ di atas kapal persiaran
Cipta rekod The Malaysia Book of Records
Suria FM bakal bersiaran sambil berlayar selama empat hari tiga malam.

BERSEMPENA ulang tahun ke-15 Suria FM, pihak pengurusan stesen radio berkenaan membuat kelainan apabila bakal berlayar selama empat hari tiga malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari 2023.
Suria yang bekerjasama dengan Resorts World Cruises ini turut membawa misi bagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book of Records apabila bakal menjadi stesen radio pertama bersiaran di atas kapal.
Pengurus Besar Suria, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, sambutan ulang tahun tersebut sangat bermakna apatah lagi kini Suria FM berada di kedudukan top 3 stesen radio paling popular di Malaysia.

“Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah Genting Dream,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh DJ Lin ketika di temui di sidang media ulang tahun Suria FM ke-15 di Genting Dream, Port Klang pada Isnin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN mahu tentukan siapa TPM dan menteri UMNO , PH pula serah kepada UMNO sendiri.
- Akhirnya Anwar Ibrahim Umumkan Khabar Gembira
- Takut Kepada DAP Menyebabkan MCA Dan MIC Bersikap Biadab
Lebih menarik lagi, Suria FM juga akan membawa lima pendengar bertuah untuk merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran mewah itu nanti.
“Pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan bersama seperti sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Resorts World Cruises, Michael Goh berkata pihak sangat berbesar hati berpeluang menjadi sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-15 Suria FM.
“Kami teruja dapat belayar bersama krew Suria FM dan rakan media pada Januari 2023 nanti. Sambutan dan kerjasama ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang Ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket,” kongsinya.
Dalam pada itu, Suria FM juga akan mengadakan majlis ‘Inilah Suria’ bertempat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya sebagai tanda penghargaan buat semua penaja dan rakan media yang menyokong Suria FM dari dulu sehingga kini.
Suria FM bakal ‘on air’ di atas kapal persiaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :