Modric puas singkir Belgium

DOHA: Kapten Croatia, Luka Modric berkata dia terlalu gembira dapat mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas berjaya menahan asakan Belgium untuk seri 0-0.

Satu mata itu sudah mencukupi untuk naib juara empat tahun lalu itu menduduki tangga kedua Kumpulan F di belakang Maghribi, dan menyingkirkan generasi emas Belgium.

“Kami terlalu gembira dapat mara ke pusingan 16 terakhir. Kami berhak mendapatkannya dengan perlawanan yang kami harungi.



“Kami melalui beberapa saat sukar ketika menentang pasukan yang hebat,” kata Modric.

Romelu Lukaku terlepas peluang keemasan pada minit terakhir untuk memberikan kemenangan kepada Belgium apabila dia memilih menahan bola dengan dadanya di hadapan gol berbanding cuba menanduk atau menendangnya.

“Kami sudah mencapai sasaran pertama, sekarang untuk sasaran seterusnya. Hari ini kami membuktikan yang kami pasukan teratas, kami mampu menentang sesiapa, dan siapa pun lawan selepas ini, ia bukan tugas yang mudah buat mereka,” katanya.

REUTERS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading