7 kapal bawa produk pertanian berlepas dari pelabuhan Ukraine
7 kapal bawa produk pertanian berlepas dari pelabuhan Ukraine
KYIV: Tujuh kapal yang membawa muatan produk pertanian dilaporkan berlepas dari pelabuhan di Ukraine.
Lapor Xinhua, Kementerian Infrastruktur Ukraine menerusi Facebook memaklumkan kapal berkenaan menghantar bekalan produk pertanian itu dibawah Inisiatif Bijirin Laut Hitam.
Jelas kementerian, kapal tersebut yang berlepas dari pelabuhan di wilayah Odesa selatan, akan menghantar sebanyak 287,400 tan produk ke beberapa negara di Asia.
Sejak inisiatif itu berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu, Ukraine sudah mengeksport sebanyak 12.7 juta tan bahan makanan melalui pelabuhannya.
Selain itu, kementerian memaklumkan sebuah lagi kapal yang memasuki pelabuhan Odesa untuk menghantar produk dibawah program berasingan dikenali sebagai `Bijirin dari Ukraine’.
Katanya, kapal itu akan menghantar sebanyak 25,000 tan gandum ke Somalia.
Menurut kementerian, Ukraine merancang untuk menghantar lebih 60 kapal membawa muatan gandum ke negara-negara memerlukan menjelang akhir musim bunga 2023 di bawah program kemanusian `Bijirin dari Ukraine’.
Program `Bijirin dari Ukraine’ dilancarkan pada 26 November lalu.
Pada Julai lalu, Russia dan Ukraine memeterai perjanjian dengan Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai eksport bijirin dan baja dari Ukraine bagi memastikan bekalan ke pasaran global terjamin di tengah-tengah konflik kedua-dua negara itu.
Selangor, Negeri Sembilan sepakat tanam jagung
7 kapal bawa produk pertanian berlepas dari pelabuhan Ukraine
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar
- Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.
- Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.