Gunung berapi meletus, muntahkan debu 1,500 meter dari puncak

Gunung berapi meletus, muntahkan debu 1,500 meter dari puncak

Gunung berapi meletus, muntahkan debu 1,500 meter dari puncak
GUNUNG berapi Ibu memuntahkan abu 1,500 meter dari atas puncak. FOTO MAGMA Indonesia

Jakarta: Gunung berapi Ibu di timur Indonesia meletus pada Isnin, memuntahkan abu 1,500 meter dari atas puncak dan memaksa penduduk berhampiran memakai pelitup muka dan cermin mata, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pegawai.

Gunung Ibu yang terletak di Pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara, memuntahkan abu dari arah utara ke timur, menurut Badan Geologi Indonesia.

Letusan itu berlangsung selama 96 saat.



Agensi itu menggesa orang ramai yang tinggal di sekitar gunung berapi serta pelawat supaya berada di luar radius dua kilometer (km) dari kawah dan zon 3.5 km di utara, selain menasihatkan orang ramai supaya melindungi mata, hidung dan mulut daripada abu jika berlaku hujan.

ADVERTISING

Gunung Ibu adalah antara kira-kira 130 gunung berapi aktif di Indonesia, sebuah kepulauan luas yang terdedah kepada pergolakan seismik berdasarkan lokasinya dalam “Ring of Fire” Pasifik.

Gunung berapi meletus, muntahkan debu 1,500 meter dari puncak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button