Pekerja restoran asam pedas didakwa rakam pelanggan wanita buang air kecil

Pekerja restoran asam pedas didakwa rakam pelanggan wanita buang air kecil

Pekerja restoran asam pedas didakwa rakam pelanggan wanita buang air kecil
Pekerja restoran asam pedas, Muhammad Azizi Hazim Kamarudin (tengah) didakwa merakam gambar pelanggan wanita membuang air kecil dalam tandas restoran itu. – NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Seorang pekerja restoran asam pedas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini, terhadap tuduhan merakam gambar pelanggan premis itu membuang air kecil menggunakan telefon bimbit, bulan lalu.

Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin yang kemudian menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan akhlak pesalah muda itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan cara menggunakan telefon bimbit merakam gambar mangsa sedang membuang air kecil di tandas sebuah restoran asam pedas tanpa pengetahuan wanita berkenaan.



Dia dituduh melakukan kesalahan itu di restoran terbabit di Jalan PM3, Plaza Mahkota, di sini, pada 14 November lalu, kira-kira jam 3.35 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada remaja terbabit kerana perbuatannya yang menjurus kepada mengaibkan mangsa, selain mencadangkan jaminan RM8,000 sementara menunggu laporan akhlak disediakan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu hukuman ringan dikenakan kerana ia membabitkan pesalah muda yang wajar diberi peluang untuk membaiki diri.



Katanya, tertuduh bekerja di restoran tempat kejadian dengan pendapatan RM350 seminggu dan perlu menyara ibu bapa, selain sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman serta laporan akhlak.

 

Pekerja restoran asam pedas didakwa rakam pelanggan wanita buang air kecil




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button