Pengumuman Iran bubar unit polis moral bercanggah

Pengumuman Iran bubar unit polis moral bercanggah

Pengumuman Iran bubar unit polis moral bercanggah
PENUNJUK perasaan melakukan protes membantah kematian Mahsa Amini di Teheran, Iran pada 8 Oktober lalu. – AFP

TEHERAN: Pendakwa raya Iran mengumumkan negara ini sudah menamatkan perkhidmatan pasukan polis moral ketika gelombang protes susulan kes kematian Mahsa Amini kini memasuki bulan ketiga.

Protes itu tercetus sejurus selepas Mahsa meninggal dunia ketika dalam tahanan polis moral kerana didakwa melanggar kod pakaian mandatori untuk golongan wanita di Iran.

Lapor Al Jazeera, pendakwa raya Mohammad Jafar Montazeri dalam satu majlis mengesahkan operasi pasukan polis moral di negara itu sudah berakhir.



“Polis moral tidak mempunyai kaitan dengan badan kehakiman dan sudah dimansuhkan,” katanya dalam satu majlis mengenai ‘menggariskan perang hibrid semasa rusuhan baru-baru ini’.

Beliau menjawab pertanyaan peserta mengapa pasukan polis moral dimansuhkan.

Namun, media Iran melaporkan, kenyataan yang dibuat Mohammad Jaafar hanyalah ‘salah faham’ dan menegaskan unit polia moral di negara ini masih beroperasi seperti biasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 



Pendedahan yang dibuat laporan media itu disokong dengan kenyataan Mohammad Jafar yahgbtidak menyatakan sama ada polis moral akan dimansuhkan untuk selama-lamanya.

Selain itu, tiada sebarang tanda menunjukkan undang-undang yang mengenakan kod berpakaian mandatori itu juga akan ditamatkan.

Dilaporkan, pasukan polis moral ditubuhkan ketika pentadbiran bekas Presiden, Mahmoud Ahmadinejad.

Dengan menaiki van berwarna putih dan hijau, pasukan polis moral akan melakukan rondaan di sekitar jalanan mengarahkan wanita membetulkan tudung mereka atau membawa golongan itu ke pusat dikenali sebagai ‘pendidikan semula’ sekiranya perlu.



Bagaimanapun, baru-baru ini van berkenaan tidak kelihatan di sekitar Teheran atau bandar lain.

Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

Pengumuman Iran bubar unit polis moral bercanggah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button