Pemilik syarikat, bekas pengurus besar pelabuhan tak mengaku salah buat tuntutan palsu

Pemilik syarikat, bekas pengurus besar pelabuhan tak mengaku salah buat tuntutan palsu

Pemilik syarikat, bekas pengurus besar pelabuhan tak mengaku salah buat tuntutan palsu
Wei Che (duduk, tengah) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat tuntutan palsu dua tahun lepas. NSTP/ OMAR AHMAD

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik syarikat pembekalan kontena dan bekas pengurus besar pelabuhan di Gelang Patah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, masing-masing atas pertuduhan membuat tuntutan palsu serta bersubahat terhadap tuntutan bernilai RM151,024.50, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas faham dengan pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, Ng Wei Che, 33, yang juga pemilik CA Construction Sdn Bhd melakukan kesalahan itu kerana mengemukakan suatu dokumen tuntutan palsu berjumlah RM151,024.50 di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada 9 November 2021.



Tuntutan itu dibuat bersama dokumen ‘Document Distribution Note – Agreed Final Measurement’ dan Request For Inspection’ kepada Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd yang mana butiran itu adalah palsu.

Wei Che didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?




Sementara itu, bekas Pengurus Besar Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Tan Ming Han Vincent, 40, pula didakwa bersubahat dengan Wei Che apabila dengan niat memperdayakan prinsipalnya ketika itu, dengan mengarahkan penerimaan pembekalan dilaksanakan Wei Che, di lokasi dan waktu yang sama.

Ming Han didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 18 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Zahida Muhammad Ruzi, manakala Wei Che diwakili peguam, Goh Sze Han dan Ming Han diwakili peguam R Jayabalan serta R Subash.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Oktober depan sebagai tarikh serahan dokumen.



Pemilik syarikat, bekas pengurus besar pelabuhan tak mengaku salah buat tuntutan palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button