Kari Sotong Nasi Kandar Penang
Buat peminat kari style restoran nasi kandar, anda boleh cuba masak kari sotong yang Che Nom nak tunjuk kali ni. Ada beberapa bahan dan cara masakan yang penting untuk dapatkan rasa kari sotong yang sedap.
Bermula dari cara bancuhan rempah, kemudian kepada cara penyediaan rempah sangai pula untuk naikkan lebih rasa dan aroma. Ada juga satu bahan penting untuk tambah harum dan rasa yang sedap.
Che Nom kongsikan juga cara untuk masak sotong supaya tak liat dan buncit-buncit hasilnya lepas kita masak nanti. Hasilnya kari sotong yang pekat berempah cukup rasanya dan boleh bau sampai rumah jiran sebelah kalau masak ni. Berbaloi kalau mencuba.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk kari sotong:
- 800g-1kg sotong
- 2 batang serai
- 1 biji bawang holland
- 2 helai daun pandan
- 3 tangkai cili kering
- 1 tangkai daun kari
- Rempah 4 sekawan
- Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 3 biji bawang merah kecil *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 biji bawang besar *
- 1/2 inci lengkuas *
- 1 inci halia *
- Bahan-bahan untuk pes kari:
- 2 sb rempah kari
- 1 sb serbuk cili
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 sb jintan manis
- 1 sb jintan putih
- 1/2 sb lada hitam
- Bahan-bahan untuk lain-lain:
- 1 biji tomato
- 3-4 sb santan kotak
- 2 sb sos tomato
- 1 sk kaskas
- Garam secukup rasa
- Perasa jika suka
- Air untuk berkuah
- Cili merah / hijau (pilihan)
- Daun pudina (pilihan)
- Daun ketumbar (pilihan)
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk penyediaan bahan tumisan:
- Hiris nipis bawang holland, kalau tak ada boleh ganti bawang Bombay atau bawang merah besar.
- Potong cili kering kepada 2-3 bahagian.
- Serai trim hujung dan buang lapisan keras. Kemudian ketuk biar pecah (titik).
- Untuk daun pandan boleh carik dan simpul tapi Che Nom potong kasar je.
- Tomato belah 4. Cili besar (pilihan) belah dua.
- Cara-cara untuk penyedian bahan kisar:
- Lengkuas dan halia kupas kulit dan hiris nipis.
- Cincang kasar bawang putih dan bawang Bombay.
- Masuk kesemua bahan potong kasar dalam blender. Tambah air sikit anggaran 1/2 tenggelam bahan kemudian kisar halus.
- Tuang bahan kisar halus dalam mangkuk.
- Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air kalau perlu.
- Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.
- Cara-cara untuk rempah sangai:
- Masukkan jintan putih, jintan manis dan lada hitam dalam kuali. (kalau nak tambah biji ketumbar boleh tapi Che Nom tak tambah sebab dah guna rempah kari).
- Sangai atau goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai naik bau.
- Tuang masuk dalam lesung batu dan tumbuk sampai halus.
- Cara-cara untuk masak:
- Basuh bersih sotong, kemudian selit sotong dengan lidi supaya telur tak terkeluar bila masak. (tak perlu selit dengan lidi kalau belum buang tulang sotong, tapi kalau nak cucuk dengan lidi pon boleh je).
- Masak sotong atas kuali panas tanpa minyak (untuk elak sotong kecut dan jadi liat.
- Bila sotong dah kecut, bertukar warna putih dan keluar air boleh angkat dan ketepikan. Air sotong simpan untuk masak kari.
- Panaskan minyak dan tumis serai dulu sampai naik bau.
- Kemudian masukkan bawang holland, daun pandan, rempah 4 sekawan, cili kering dan daun kari. Kacau sampai bawang layu.
- Masukkan bahan kisar halus yang dah bancuh dengan rempah kari tadi.
- Masak sampai pecah minyak. Masuk 2-3 kali air dan ulang sampai pecah minyak.
- Masukkan air sotong, sedikit air, sos tomato, rempah sangai dan rempah kaskas. Kacau sebati.
- Masukkan sotong dan kacau sekejap biar sotong bergaul dengan rempah.
- Tambah air untuk berkuah.
- Perasakan dengan garam dan sedikit santan.
- Masukkan cili besar dan tomato.
- Bila kari dah mendidih, tutup api dan tabur hirisan daun pudina dan daun ketumbar.
- Boleh tambah air kalau suka kuah yang cair dan adjust garam secukup rasa.
Tip:
- Tips untuk dapatkan sotong yang tak liat dan tak kecut, sebelum masak sotong dalam kari, Che Nom masak sotong atas kuali panas tanpa minyak. Masak sampai sotong bertukar warna putih dan air keluar.
Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa
Kari Sotong Nasi Kandar Penang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun
- Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
- Siapa ‘fitnah’ Arman belakangkan Zahid?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa