Mendy terima lamaran duit Pak Arab

Mendy terima lamaran duit Pak Arab

Mendy terima lamaran duit Pak Arab
Edouard Mendy (tengah) bersama dua pegawai atasan Al-Ahli selepas menandatangani kontrak bersama kelab Liga Pro Saudi itu pada Rabu. – Foto Twitter Al-Ahli Saudi Club

LONDON: Edouard Mendy menyertai Al-Ahli ketika penjaga gol Senegal itu menjadi pemain ketiga meninggalkan Chelsea untuk berpindah ke Arab Saudi sejak musim berakhir.

Al-Ahli dilaporkan membayar sekitar £16 juta (RM94 juta) untuk mendapatkan Mendy, yang memilih untuk mengangkat kaki dari kelab Liga Perdana Inggeris itu sesudah kehilangan tempatnya kepada Kepa Arrizabalaga bagi separuh kedua musim lalu.

“Selamat datang Mendy… penjaga gol terbaik di dunia,” tulis Al-Ahli di media sosial disertai dengan klip video pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontraknya.



“Selepas memulakan kariernya dalam liga bawahan bola sepak Perancis – malah pernah menghabiskan beberapa bulan tanpa kelab – Mendy melonjak ke puncak bola sepak Eropah bersama Chelsea,” menurut satu kenyataan dalam laman sesawang Chelsea.

“Satu karakter berwibawa di dalam dan luar padang, dia akan sentiasa dikenang dalam sejarah kami kerana sumbangan bermaknanya bagi kejayaan kami dalam Liga Juara-Juara 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?



Mendy terima lamaran duit Pak Arab
Edouard Mendy beraksi ketika Senegal menentang England di Stadium Al-Bayt pada Piala Dunia 2022 di Qatar. – Foto AFP

“Kerana itu dan segala-galanya yang disumbangkannya, kami amat bersyukur. Selamat berjaya, Edou!”

Mendy membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara pada 2021, namun hanya beraksi sekali buat kelab itu selepas kembali daripada Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Dia tidak lagi menjadi pilihan susulan pemecatan Thomas Tuchel sebagai pengurus Chelsea pada September, dengan penggantinya Graham Potter dan bos sementara Frank Lampard lebih suka menurunkan Kepa di pintu gol.

Ia jelas satu kekecewaan besar buat pemain yang dinamakan sebagai penjaga gol terbaik tahunan UEFA dan FIFA pada 2021.



Mendy menyertai bekas pemenang Piala Dunia, N’Golo Kante dan Kalidou Koulibaly meninggalkan Stamford Bridge untuk beraksi dengan kelab Liga Pro Saudi, dengan masing-masing sudah berpindah ke Al-Ittihad dan Al-Hilal. – AFP

Mendy terima lamaran duit Pak Arab


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading