Rakyat Singapura dipenjara jual minuman untuk dieksport ke Korea Utara

Rakyat Singapura dipenjara jual minuman untuk dieksport ke Korea Utara

Rakyat Singapura dipenjara jual minuman untuk dieksport ke Korea Utara
GAMBAR penjara Changi di Singapura. – AGENSI

SINGAPURA: Seorang lelaki di republik ini dikenakan hukuman penjara kerana membekalkan minuman berupa susu perisa strawberi dan kopi yang bernilai hampir 1 juta dolar Singapura (RM3.26 juta) untuk dieksport ke Korea Utara.

Hukuman itu diberikan selepas melanggar sekatan perdagangan dari negara itu termasuk menghantar minuman keras dan minyak wangi ke Pyongyang.

Seorang bekas pengurus di firma minuman Pokka International, Phua Sze Hee, 59, dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu selepas mengaku bersalah membekalkan minuman berkenaan.



Sze Hee didapati menjual pelbagai minuman termasuk susu berperisa strawberi dan kopi kepada beberapa syarikat Singapura, sambil menyedari ia akan dieksport ke Korea Utara.

Menurut dokumen mahkamah, Sze Hee tidak mendapat sebarang komisen bagi jualan yang berlaku dari tahun 2017 hingga 2018 namun ia membolehkannya mencapai sasaran jualan bulan syarikat.

Berdasarkan dokumen itu, pada 2014, seorang pelanggan memperkenalkan Sze Hee kepada lelaki dikenali sebagai Kim yang didakwa merupakan duta di Kedutaan Korea Utara di Singapura sebelum diperkenalkan kepada individu lain di kedutaan sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Setakat ini, Pokka masih belum memberi sebarang respon berhubung perkara itu.



Korea Utara berdepan pelbagai sekatan ekonomi termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu ujian senjata nuklear dan peluru berpandu balistik.

Singapura pula melaksanakan larangan ke atas semua barangan niaga secara komersial yang diimport, dieksport, dipindah kapal atau dibawa masuk transit dari atau ke Korea Utara. – AFP

Pasangan lakukan seks luar nikah bakal dipenjara di Indonesia



Rakyat Singapura dipenjara jual minuman untuk dieksport ke Korea Utara



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading