2023 Tahun Comeback Mira Filzah

"Lepas Pantang Dapat Tawaran… Saya Dah Susun Secara Baik Pengurusan Anak."



2023 Tahun Comeback Mira Filzah

2023 Tahun Comeback Mira Filzah

Selepas hampir setahun tidak muncul dengan naskhah lakonan, pelakon Mira Filzah akui 2023 bakal menjadi tahun ‘comeback’ buat dirinya.

Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, dia sudah mula menerima beberapa tawaran namun ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian terlebih dulu.

Antaranya ialah soal masa sekiranya dia kembali ke lapangan lakonan kelak.

“InsyaAllah tahun depan jika ada watak yang sesuai, saya akan mula berlakon semula. Tawaran memang ada diterima, malah lepas pantang lagi saya dah dapat.

“Saya memang rindu berlakon tapi sebab sekarang dah ada anak, saya akan tengok waktu yang paling sesuai.

“Anak adalah keutamaan, bagaimanapun sekarang saya dah ada pembantu (helper) dan saya dah susun secara baik pengurusan anak sebelum boleh kembali semula untuk shooting,” katanya kepada MH.

Mira ditemui pada majlis pelancaran RR Empire sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk koleksi tudung terbaharu Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada Rabu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bercakap mengenai watak yang bakal digalas, dia terbuka menerima watak yang dirasakan bersesuaian dengannya.

“Status sebagai seorang isteri dan ibu, ia tidak merubah apa-apa, saya masih terbuka untuk apa jua watak.

“Tapi saya tetap akan meneliti tawaran yang diberikan, di mana saya akan melihat total hari shooting, lokasi di mana… itu semua antara yang saya titikberatkan dan hanya selepas itu saya akan buat keputusan,” katanya lagi.

Sementara itu, Mira mengakui dia pengguna setia tudung Rizman Ruzaini dan sangat menggagumi hasil kerja pereka duo tersebut yang sering tampil dengan rekaan eksklusif dan menarik.

“Sebenarnya saya merupakan pengguna setia produk-produk keluaran Rizman Ruzaini malah baju kahwin saya pun daripada mereka.

2023 Tahun Comeback Mira Filzah

“Bila dapat jadi muse mereka, lagi-lagi untuk koleksi tudung Alhamdulillah, rekaan mereka memang senang dipakai dan selesa untuk digayakan oleh semua,” katanya lagi.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tujuh bulan.

Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

2023 Tahun Comeback Mira Filzah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker