Kek Chocolate Moist Tanpa Oven

Kek Chocolate Moist Tanpa Oven
Kek Chocolate Moist Tanpa Oven

 

Hi Semua, kali ni Che Nom nk sediakan satu dessert yang tersangatlah mudah iaitu kek coklat moist yang cuma gunakan microwave, boleh juga kalau nak kukus, sesuai untuk disediakan pada waktu2 kuarantin ni. Tak perlu guna oven pun boleh buat kek yg sedap.

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan untuk kek:
    • 1 1/2cawan / 190g tepung gandum
    • 2/3 cawan / 65g serbuk koko
    • 3 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu teh nescafe
    • 2 sudu besar air panas
    • 2/3 cawan / 150g gula kastor
    • 1/2 cawan / 118ml minyak sayuran
    • 1 3/4 / 440ml air suam
    • Secubit garam
  • Bahan-bahan untuk coklat ganache:
    • 250g coklat masakan (dark chocolate)
    • 2 sudu besar mentega
    • ¾ cawan susu full cream

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk penyediaan kek:
    1. Sukat dan ayak bahan kering seperti tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.
    2. Masukkan gula kastor, minyak sayuran dan air suam
    3. Bancuh serbuk Nescafe dengan air panas dan masukkan dalam adunan tadi.
    4. Kacau perlahan-lahan start dari tengah mangkuk adunan.
    5. Masukkan secubit garam dan kacau sehingga pekat sekata.
    6. Sapu planta disekeliling bekas untuk dimasak.
    7. Lapik dengan kertas baking paper.
    8. Tuang adunan kek dan masukkan kedalam microwave selama tiga minit.
    9. Kemudian periksa setiap 30 saat kalau kek dah masak ke belum.
    10. Bila kek nampak masak sekata, cucuk lidi untuk test, kalau tiada adunan melekat dikira kek dah masak.
    11. Sejukkan kek.
    12. *Kalau nak kukus juga boleh, anggaran masa 20-25 minit.. Kalau tengah masih lembik, kukus lebih lama. Balut penutup kukusan dgn kain
    13. *Kalau nak guna oven, suhu 170 darjah Celsius, 20-30 minit ikut oven masing-masing, ni cuma anggaran sahaja.
  2. Cara-cara untuk sediakan coklat ganache:
    1. Potong kasar coklat masakkan.
    2. Masukkan dalam magkuk adunan coklat tadi berserta butter dan susu full cream.
    3. Masukkan dalam microwave kemudian kacau sekata.
    4. Sejukkan dulu coklat ganache.
    5. Keluarkan kek dan tuang coklat ganache atas kek.

 

Tip:

 



  • Nak masak guna microwave kena guna bekas yang sesuai seperti ceramic @ tupperware microwave save.
  • Jangan terlebih masak jika tidak kek akan kering, yang tengah lembab sikit tak apa.
  • Kalau tuang coklat ganache ketika kek masih panas, coklat tadi akan sedikit cair, kalau kek sejuk sepenuhnya, coklat akan melekat tebal pada kek.

Kek Coklat Moist Leleh

Kek Chocolate Moist Tanpa Oven


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button