Lelaki dipenjara 40 tahun, 32 sebatan rogol OKU

Lelaki dipenjara 40 tahun, 32 sebatan rogol OKU

Lelaki dipenjara 40 tahun, 32 sebatan rogol OKU
Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 32 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan objek dan merogol anak saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh berusia 42 tahun didapati bersalah terhadap empat pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks tanpa keizinan mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun tujuh bulan.



Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di daerah Marang antara November hingga Disember 2017.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376 (3) KK.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan serta 20 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.



Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan ketiga dan keempat.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula hari ini.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, mahkamah mengarahkan ia berjalan selepas tamat hukuman pertama dan kedua.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.



Banduan dipenjara lima tahun bawa pisau di tempat awam

Lelaki dipenjara 40 tahun, 32 sebatan rogol OKU


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?



 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button