Bot tempatan dikendali warga Myanmar ditahan
Bot tempatan dikendali warga Myanmar ditahan
GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendali lima kru warga Myanmar di perairan negeri ini, semalam.
Kesemua mereka ditahan ketika agensi berkenaan melakukan rondaan Op Tanjung di kedudukan 62 batu nautika barat Pulau Kendi, di sini, pada jam 9.13 pagi.
Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata terdahulu bot nelayan kelas C2 itu dikesan menangkap ikan menggunakan pukat tunda.
Katanya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendali lima kru pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 20 hingga 43 tahun.
“Bot berkenaan didapati berpangkalan di Pantai Remis, Perak.
“Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Abd Razak berkata, bot serta kesemua kru termasuk hasil laut yang dianggarkan seberat 150 kilogram (kg) itu dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung, di sini.
Kesemua mereka kemudian diserah kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tujuan siasatan lanjut.
Bot tempatan dikendali warga Myanmar ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik
- Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
- Adam Adli masuk Kementerian KBS dengan Langkah kiri.