Pemilik bengkel dituduh edar dadah ganja 35.5kg
Pemilik bengkel dituduh edar dadah ganja 35.5kg
JITRA: Seorang pemilik bengkel dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 35.5 kilogram (kg) di Changlun, pada awal Disember lalu.
Tertuduh, Lee Chee Thiam, 50, bagaimanapun hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurul Huda Idris.
Namun tiada sebarang pengakuan diambil mahkamah daripada tertuduh, sehingga laporan kimia diterima nanti.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 3.30 petang pada 4 Disember lalu di sebuah bengkel kereta di Changlun.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal dihukum mati mandatori.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Karthy Gasedev manakala tertuduh diwakili peguam dari Ravi Shankar Gandhi & Associates.
Majistret kemudian menetapkan tarikh pada 29 Mac 2023 sebagai sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan kimia.
Tiada jaminan ditawarkan dan tertuduh kemudiannya dihantar ke Penjara Alor Setar untuk menjalani tahanan.
Media sebelum ini melaporkan serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Kastam pada 4 Disember lalu di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pekan Changlun, Jitra dengan menemukan 35 ketulan mampat dadah disyaki ganja.
Pemeriksaan yang dilakukan di bengkel itu mendapati dadah berkenaan diletakkan dalam empat kotak putih yang disimpan dalam sebuah kenderaan jenis pikap bernombor pendaftaran negara jiran.
Serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan rapi selama dua minggu dengan nilai dadah itu dianggarkan kira-kira RM142,000.
Pemilik bengkel dituduh edar dadah ganja 35.5kg
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik
- Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
- Adam Adli masuk Kementerian KBS dengan Langkah kiri.