Resepi Cucur Ikan Bilis

Resepi Cucur Ikan Bilis
Resepi Cucur Ikan Bilis

 

Dah lama rasanya tak share resepi cucur. Sebab Che Nom ni bukannya pandai sangat buat cucur goreng. Kebetulan resepi ni dikongsi oleh ibu saudara Che Nom iaitu Umi Jun. Ada tips special untuk hasilkan cucur bilis yang sedap. Bila cuba, hasilnya memang garing di luar, lembut di dalam dan memang sedap cucur ikan bilis ni.

Che Nom pula memang suka kalau cucur goreng yang ada banyak bahan-bahan macam sayur, jadi bila kita makan tu meriah rasa dia dan tekstur pun jadi tak terlalu padat. Cara kita menggoreng tu pun boleh mempengaruhi hasil kerangupan cucur ikan bilis ni, boleh tengok dalam video ni ye.

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan:
    • 2 1/2 cawan tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 1 batang jagung
    • 2 tangkai cili merah
    • 1/2 – 1 biji bawang besar
    • 1 batang kecil lobak merah
    • 1 mangkuk ikan bilis
    • 1 ikat daun kuchai
    • 3 cawan air panas (boleh kurangkan kepada 2 cawan)
    • 1 sudu kecil garam
    • Sedikit gula
    • 1/2 kiub pati ikan bilis (opsyenal)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk penyediaan:
    1. Cili merah buang biji dan cincang halus.
    2. Ikan bilis basuh dan toskan kemudian cincang halus.
    3. Bawang holland potong dadu.
    4. Carrot buang kulit dan parut halus.
    5. Potong daun kuchai (boleh ganti daun bawang) dalam 1-2 cm.
    6. Potong keluar isi jagung.
  2. Cara-cara untuk mengadun:
    1. Dalam mangkuk yang berasingan masukkan tepung jagung, tepung beras, garam, gula, bawang holland, carrot, ikan bilis, daun kuchai, cili merah dan pati ikan bilis (pilihan).
    2. Masukkan air panas dan gaul sebati. Kemudian rehatkan 10-15 minit.
  3. Cara-cara untuk masak:
    1. Panaskan minyak dan goreng adunan. Che Nom sudukan sudu besar adunan dan tolak dengan satu sudu lagi (kalau nak jemput dengan hujung jari pon boleh).
    2. Kerap kacau sebelum angkat.
    3. Angkat dan toskan minyak.
    4. Hidang dengan sos atau kuah kacang.

 



Tip:

 

  • Jangan goreng atau letak banyak sangat pada satu-satu masa takut suhu minyak turun.
  • Bila separuh masak, kuatkan sikit api dan kerap kacau, nanti cucur akan rangup di luar dan lembut di luar, minyak pun kurang meresap.

Resepi Sambal Bilis Rangup

Resepi Cucur Ikan Bilis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara



 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button