Tomyam Goong Dengan Homemade Paste

Tomyam Goong Dengan Homemade Paste

 

Hi semua….harini Che Nom nak  masak tomyam goong menggunakan perencah tomyam yang dibuat sendiri, guna semua bahan-bahan yang ada di sini. Memang another level lah.

Tomyam goong ni tomyam udang sebenarnya. Selain beli pes tomyam yang ready made dari Thai tu, Che Nom kadang-kadang buat sendiri pes tomyam dalam kuantiti yang banyak dan simpan. Untuk sesiapa yand suka masakan dari bahan-bahan semulajadi..tanpa pengawet..boleh cuba buat ni.



 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk pes tomyam:
    • 4 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 3 inci lengkuas
    • 2 inci halia
    • 2-3 biji cili merah besar
    • 5-6 helai daun limau purut
    • 15-20 tangkai cili kering
    • 1 sudu besar udang kering
    • 1 cawan pati asam jawa
    • sedikit air jika perlu
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
    • 3 sudu besar sos ikan Thai
    • 1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka
  • Bahan-bahan untuk tomyam goong:
    • air anggaran 1 liter
    • 2 hirisan akar ketumbar
    • 1 inci lengkuas
    • 2 batang serai
    • 2-3 helai daun limau purut
    • anggran 3-4 sudu besar pes tomyam
    • 10 tangkai cili padi
    • cendawan tiram
    • hirisan batang ketumbar
    • 1/4 biji bawang holland
    • 5-10 ekor udang segar
    • 1 sudu besar sos ikan Thai
    • sedikit garam
    • 2 biji tomato
    • 1/4 cawan susu cair
    • 1/2 ketul kiub pati ayam
    • 3-5 biji limau nipis (ikut saiz), ambil jus
    • hirisan daun ketumbar

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Cara-cara untuk pes tomyum:
    1. Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
    2. Serai, buang bahagian keras dan ambil bahagian yang lembut kemudian hiris nipis.
    3. Lengkuas dan halia, buang kulit dan cincang kasar.
    4. Cili merah (optional) cincang kasar.
    5. Daun limau purut, koyang dan buang tulang tengah
    6. Cili kering, gunting, rebus dan buang biji.
    7. Udang kering, rendam dan toskan.
    8. Masukkan dalam blender cili kering, udang kering, bahan-bahan cincang kasar (halia, lengkuas, daun limau purut, serai, bawang dan cili merah), air pati asam jawa dan sedikit air.
    9. Kisar bahan-bahan tadi sehingga betul-betul halus.
    10. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar halus tadi kemudian masak sehingga pecah minyak dan warna bertukar menjadi gelap sikit.
    11. Bila dah pecah minyak, masukkan serbuk ketumbar, sos ikan Thai dan gula melaka/nisan.
    12. Bila bahan-bahan dah sebati, tutup api. Tunggu sejuk dan boleh masukkan dalam balang.
  2. Cara-cara untuk tomyam goong:
    1. Serai, ketuk atau hiris menyerong.
    2. Lengkuas, hiris nipis.
    3. Cili padi, buang tangkai dan belah tengah (hujung sahaja).
    4. Tomato belah 4.
    5. Bawang holland, hiris nipis.
    6. Ketumbar, potong akar dan simpan (rebusan), hiris nipis daun dan batang ketumbar (hiasan).
    7. Perah dan ambil jus limau nipis.
    8. Udang, trim kepala udang, buang kulit tengah (bahagian ekor biarkan), belah bahagian belakang dan buang tali hitam.
    9. Tuang air dalam periuk.
    10. Masukkan akar ketumbar, lengkuas, serai dan daun limau purut.
    11. Masak sampai mendidih.
    12. Kemudian masukkan paste tomyum.
    13. Masukkan cili padi dan cendawan tiram.
    14. Masukkan batang ketumbar, bawang holland dan sos ikan.
    15. Masukkan udang.
    16. Tambah garam dan masukkan tomato.
    17. Tambah susu cair dan kiub pati ayam.
    18. Last sekali, tutup api dan masukkan jus limau nipis. Taburkan hirisan daun ketumbar.

 

Tip:

 

  • Pastikan tutup api baru masukkan jus perahan limau nipis.
  • Jangan buang kepala udang , bahagian kepala yang beri tomyum goong rasa lebih sedap bila dimasak.
  • Boleh ganti susu cair dengan susu full cream ataupun santan.

Resepi Tomyam kaw-kaw



Tomyam Goong Dengan Homemade Paste


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button