Dua ‘runner’ didakwa culik, cedera dan ugut lelaki

Dua ‘runner’ didakwa culik, cedera dan ugut lelaki

Dua 'runner' didakwa culik, cedera dan ugut lelaki
Tan Jun Xian, 32 (tengah) dan Wong Yu Yang,26 (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan menculik, mencederakan dan mengugut seorang lelaki, Selasa minggu lalu. – Foto NSTP/Nur Izzati Mohamad

BUKIT MERTAJAM: Dua ‘runner’ syarikat pengurusan kewangan mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan menculik dan mencederakan seorang lelaki pada Selasa minggu lalu.

Tertuduh, Tan Jun Xian, 32 dan Wong Yu Yang, 26 membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Jun Xian dan Yu Yang didakwa secara bersama dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Jalan Kelasah Seberang Jaya dalam daerah Seberang Perai Tengah, jam kira-kira 3 petang pada 20 Disember lalu.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Jun Xian dan Yu Yang secara bersama didakwa menculik dan menyebabkan mangsa dikurung di lokasi, masa serta tarikh sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.



Sementara itu, di mahkamah sama, Yu Yang turut didakwa dengan pertuduhan mendatangkan ketakutan kepada mangsa sama bagi tujuan pemerasan dengan ancaman mencederakannya.

Yu Yang didakwa melakukan kesalahan itu di Persiaran Sembilang, Seberang Jaya, jam 4 petang, pada hari sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Pang Chuin Keat.



Ketika prosiding, Nurul Nadia memohon ikat jamin setimpal diberikan terhadap tertuduh selain meminta mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa hingga kes selesai.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Jun Xian diikat jamin RM10,000 bagi dua pertuduhan yang dihadapinya, manakala Yu Yang dibenarkan diikat jamin RM15,000 bagi tiga pertuduhan.

Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat



Dua ‘runner’ didakwa culik, cedera dan ugut lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading