Peguam didakwa terbabit kes pengubahan wang haram hampir RM1 juta

Peguam didakwa terbabit kes pengubahan wang haram hampir RM1 juta

Peguam didakwa terbabit kes pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Mohd Zawahid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tujuh dakwaan pengubahan wang haram, hari ini.NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

SHAH ALAM: Seorang pemilik firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tujuh pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram hampir RM1 juta pada 2017.

Bagaimanapun, Mohd Zawahid Ya, 47, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zawahid mengeluarkan 11 cek dengan jumlah keseluruhan RM937,000 hasil aktiviti haram daripada akaun CIMB Bank Berhad milik Tetuan Mohd Zawahid & Co.



Cek terbabit dimasukkan ke akaun Public Bank Berhad dan CIMB Bank Berhad milik tertuduh, United Success Management Agency, Owl Success Enterprise, Owl Success Services Sdn Bhd serta Owl Success Services Resources Sdn Bhd, selain dua penama dikenali Teh Aun Yong dan Teh Sze Hooi.

Kesalahan berkenaan dilakukan di CIMB Bank Berhad cawangan The Strand di Petaling Jaya, antara 14 hingga 30 Ogos 2017.

Susulan itu, tertuduh sebagai pemilik Tetuan Mohd Zawahid & Co didakwa mengikut perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) dan dibaca bersama perenggan 87(1)(a) akta sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.



Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, memohon Mohd Zawahid diikat jamin RM4,000 bagi setiap tujuh pertuduhan dengan seorang penjamin.

“Jumlah jaminan itu sudah dibincangkan dan dipersetujui pihak pembelaan tertuduh,” katanya.

Susulan itu, peguam bela Mohd Zawahid, Dir Kheizwan Kamarudin, mengesahkan persetujuan itu yang disifatkan sebagai jumlah jaminan tinggi, namun munasabah.

“Adik ipar anak guam hadir dan bersedia menjadi penjamin. Mohd Zawahid adalah seorang peguam yang tiada risiko untuk melarikan diri, malah bersedia membersihkan nama di mahkamah,” katanya.



Emilia Kaswati kemudian membenarkan jumlah jaminan itu dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, selain menetapkan sebutan kes seterusnya pada 18 Januari depan.

Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

Seorang pemilik firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tujuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading