Samun wanita warga emas, pekerja restoran kena jel 3 tahun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang pekerja restoran atas pertuduhan menyamun beg tangan ibu tunggal warga emas.

Mohamed Ghibran Mohamed Yusof, 23, diarahkan menjalani hukuman itu bermula 21 Disember lalu iaitu hari tangkapannya, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

“Kamu (tertuduh) ada ibu dan merayu supaya hukuman diringankan untuk jaga ibu. Bagaimana jika ibu sendiri diragut dan direntap beg tangan? Kamu tidak fikirkan perkara itu ketika melakukan jenayah.

“Keputusan mahkamah juga mengambil kira faktor untuk memberi isyarat di luar supaya tidak lakukan jenayah. Kita mahu beri mesej bahawa kepentingan awam adalah lebih utama berbanding individu,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ghibran menyamun seorang wanita dengan mengambil dan melarikan sebuah beg tangan mengandungi barangan peribadi dan wang tunai RM200 di sebuah premis di Cheras, pada 11 Disember lalu.

Oleh demikian, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohamed Ghibran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan tidak dipenjarakan kerana perlu menanggung dua anak serta ibu yang sakit.

“Saya mohon ampun dan perlu jaga anak kerana sudah bercerai. Saya pernah dipenjarakan sebelum ini kerana kes dadah. Saya tidak lagi ambil dadah dan mohon jangan masukkan saya ke dalam penjara kerana kes samun ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslizi Sulaiman, memohon hukuman berbentuk pengajaran bagi memastikan tertuduh tidak mengulangi kesalahan terbabit.

“Saya mohon mahkamah ambil perhatian kes sebegini supaya hukuman diberikan memberi keinsafan dan tertuduh menjadi orang yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Hakim membuat keputusan itu selepas mengambil kira faktor usia dan kesihatan tertuduh yang boleh bekerja, namun memilih untuk melakukan jenayah samun yang kian berleluasa bagi mendapatkan wang dengan mudah.

Katanya, tertuduh yang mempunyai ibu tidak sepatutnya mengambil kesempatan menyamun ibu tunggal berusia 64 tahun yang kematian suami.

“Kamu (tertuduh) ada ibu dan merayu supaya hukuman diringankan untuk jaga ibu. Bagaimana jika ibu sendiri diragut dan direntap beg tangan? Kamu tidak fikirkan perkara itu ketika melakukan jenayah.

“Keputusan mahkamah juga mengambil kira faktor untuk memberi isyarat di luar supaya tidak lakukan jenayah. Kita mahu beri mesej bahawa kepentingan awam adalah lebih utama berbanding individu,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ghibran menyamun seorang wanita dengan mengambil dan melarikan sebuah beg tangan mengandungi barangan peribadi dan wang tunai RM200 di sebuah premis di Cheras, pada 11 Disember lalu.

Oleh demikian, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohamed Ghibran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan tidak dipenjarakan kerana perlu menanggung dua anak serta ibu yang sakit.

“Saya mohon ampun dan perlu jaga anak kerana sudah bercerai. Saya pernah dipenjarakan sebelum ini kerana kes dadah. Saya tidak lagi ambil dadah dan mohon jangan masukkan saya ke dalam penjara kerana kes samun ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslizi Sulaiman, memohon hukuman berbentuk pengajaran bagi memastikan tertuduh tidak mengulangi kesalahan terbabit.

“Saya mohon mahkamah ambil perhatian kes sebegini supaya hukuman diberikan memberi keinsafan dan tertuduh menjadi orang yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Samun wanita warga emas, pekerja restoran kena jel 3 tahun

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button