Kerabu Sotong Dan Udang Ala Thai
Bahan-bahan:
- Bahan untuk kerabu:
- 4 ekor sotong, dibuang kulit dan kelar
- 6 ekor udang, dibuang kulit
- 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
- sedikit suhun (glass noodles)
- 1/2 batang timun, hiris nipis
- 1 biji tomato, buang biji dan hiris nipis
- 1 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
- 1 tangkai daun bawang, potong 2 cm panjang
- 1 batang serai, hiris nipis
- Bahan untuk sos kerabu:
- 5 biji cili padi, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, tumbuk kasar
- 3 sudu besar sos ikan Thai
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar gula melaka
- 2 biji limau nipis, diambil jus
Cara Penyediaan:
- Rebus seketika suhun sehingga lembut dan toskan.
- Rebus udang dan sotong yang telah dibersihkan dalam masa anggaran 1-2 minit sahaja kerana jika terlebih masak udang dan sotong akan menjadi keras dan liat.
- Dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, kicap cair, jus limau nipis, gula melaka, bawang putih dan cili padi. Kacau sebati.
- Tuangkan sos ke dalam bahan untuk kerabu dan gaulkan sehingga sebati.
- Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang dan hirisan cili merah.
Kerabu Maggi Ala Restoran Thai
Kerabu Sotong Dan Udang Ala Thai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
- KJ direstui Anwar untuk lawan Zahid?
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :