Wanita hamil 3 bulan dicekup khalwat

Wanita hamil 3 bulan dicekup khalwat

Wanita hamil 3 bulan dicekup khalwat
– Foto hiasan

SUNGAI PETANI: Wanita hamil tiga bulan antara tujuh pasangan dicekup berkhalwat dalam operasi di sekitar daerah ini, tengah malam tadi.

Dalam operasi itu, wanita berkenaan mengaku pernah terlanjur sebelum ini, malah turut mempunyai dua anak hasil hubungan sulitnya dengan pasangan lain.

Wanita berusia 20-an itu membuat pengakuan ketika disoal siasat sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam operasi sempena Tahun Baharu.



Dia dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga berusia 20-an di sebuah motel di Padang Temusu, di sini jam 12.30 tengah malam tadi.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail, berkata wanita yang belum berkahwin itu mengaku sedang hamil tiga bulan dan dua anaknya yang masih kecil itu dikatakan berada dalam jagaan keluarga.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing wanita itu dan pasangannya mendapati mereka positif dadah, malah gagal menunjukkan Mykad apabila diminta dan memberi alasan hilang.

“Dalam serbuan berasingan, sepasang kekasih didapati berpura-pura tidur sewaktu serbuan dilakukan di sebuah hotel di bandar raya ini sekitar jam 1.06 pagi tadi.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Berikutan itu, anggota penguat kuasa terpaksa menggunakan kunci pendua selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali disebabkan pasangan itu enggan membukanya.

“Pihak kami akhirnya berjaya membuka pintu bilik berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berpura-pura tidur di atas katil manakala pasangannya tidur di bawah katil,” katanya.

Mohd Noor Ismardi berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, mereka mengaku sudah bertunang dan sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej di Perak.

“Tujuh pasangan itu ditahan dalam operasi malam tadi yang disertai 50 anggota dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan JHEAIK, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Skuad Badar dan imam serta ahli jawatankuasa masjid.



“Operasi di lokasi sasaran seluruh daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama, Zaiferi Zainul Abidin bermula sekitar jam 12 tengah malam sebelum berakhir jam 6 pagi,” katanya.

Mohd Noor Ismadi berkata, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan tangkapan dan diminta untuk hadir mengikut tarikh ditetapkan bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Khalwat Sebab Gaduh Dengan Isteri



Wanita hamil 3 bulan dicekup khalwat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button