Pihak Berkuasa Palestin mungkin ‘terkubur’

Pihak Berkuasa Palestin mungkin ‘terkubur’

Pihak Berkuasa Palestin mungkin ‘terkubur’
PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Palestin ketika demonstrasi di perkampungan Kfar Qaddum berhampiran penempatan Kedumim di Tebing Barat pada Mei tahun lalu.-AFP

RAMALLAH: Pakar meramalkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) kini berdepan cabaran paling getir dan dikhuatiri mungkin berkubur hingga tidak mampu lagi perjuangkan nasib serta hak rakyat Palestin berikutan penubuhan kerajaan baharu Israel yang dilihat semakin ekstrem dan radikal.

Lapor Arab News, Pegawai Palestin dan dan Pakar politik berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersama menteri-menteri berhaluan kanannya memperkenalkan polisi yang jelas menafikan hak Palestin dan melemahkan PA.

Pihak berkuasa itu ditubuhkan pada tahun 1994 selepas menandatangani Perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Israel.



PA ditugaskan menjaga kira-kira lima juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza namun menerima tanggungjawab perkhidmatan awam yang terhad untuk 350,000 rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmuqaddis Timur dan daerahnya.

Tetapi sejak beberapa tahun lalu, PA berdepan pelbagai cabaran, antaranya kehilangan Gaza kepada Hamas, terpaksa membatalkan pilihan raya selain persaingan daripada penduduk tempatan dan puak.

Tiada siapa yang tahu bagaimana untuk menangani situasi seperti itu secara sah dan berperlembagaan tanpa kehadiran Parlimen atau pilihan raya Palestin, yang membawa kepada kebimbangan peralihan kuasa yang ganas ketika pemimpin puak Fatah bergelut untuk menggantikan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Tekanan kewangan ‘lemahkan’ PA

Penganalisis politik dan bekas menteri, Ghassan Khatib memberitahu Arab News, Netanyahu, Menteri Dalam Negeri Israel, Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangannya, Bezalel Smotrich mungkin akan memotong lebih banyak wang cukai Palestin yang dikutip Israel bagi pihaknya.



Jelas Ghassan, tindakan sedemikian akan melemahkan keupayaan PA untuk menunaikan kewajipannya terhadap rakyatnya dan membayar 80 peratus gaji 170,000 kakitangan awam serta tenteranya.

Ghassan memberitahu, beliau percaya kelemahan PA dan ketidakupayaannya untuk memenuhi kewajipan kewangannya kepada rakyat Palestin akan memburukkan lagi kemerosotan keselamatan di Tebing Barat.

Peningkatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, pencerobohan masjid Al-Aqsa, dan keterujaan rejim zionis untuk membina penempatan merupakan faktor lain dalam melemahkan pihak berkuasa itu.

“Kami melihat kuasa dan pengaruh PA telah berkurangan dengan ketara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.



“Peranan PA tidak lebih daripada sekadar penonton semasa pertembungan yang berlaku. Perkhidmatan keselamatannya juga tidak dapat berbuat apa-apa,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beberapa pegawai PA percaya tidak ada kepentingan bagi Israel, AS atau Kesatuan Eropah (EU) untuk membenarkan kejatuhan PA kerana keadaan itu boleh mencetus huru-hara malah menggugat keseluruhan keselamatan di wilayah berkenaan yang mungkin juga dialami Israel.

Menteri Pembangunan Sosial Palestin, Ahmed Majdalani memberitahu Arab News, PA akan mengambil langkah yang perlu dalam peringkat seterusnya untuk berdepan kebanyakan cabaran semasa dari Israel yang mahu memerangi mereka dari segi kewangan, politik, keselamatan dan ekonomi.

Tegasnya, cabaran paling penting yang dihadapi PA kini adalah perubahan dalam keutamaan serantau dan antarabangsa terhadap perjuangan rakyat Palestin.



Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN

Pihak Berkuasa Palestin mungkin ‘terkubur’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button