Jokowi bayangkan rombakan Kabinet

Jokowi bayangkan rombakan Kabinet

Jokowi bayangkan rombakan Kabinet

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) membayangkan rombakan dalam Kabinet Indonesia Maju pada tahun ini sambil menggesa semua rakyat menunggu langkah seterusnya yang bakal diambil.

Lapor portal Antara, Jokowi turut menjawab dengan nada yang sama apabila disoal tentang perubahan komposisi parti politik dalam kabinetnya.



“Tunggu dan lihat sahaja,” kata Jokowi ketika menjawab pertanyaan mengenai rombakan kabinet di Pasar Tanah Abang kelmarin.

Disember lalu, Jokowi memaklumkan, rombakan Kabinet bakal berlaku tahun ini selepas diminta memberikan reaksi berhubung laporan agensi tinjauan nasional yang menunjukkan sokongan orang ramai terhadap perubahan Kabinet.

Susulan pembentukan Kabinet Indonesia Maju yang akan membantu Jokowi dalam penggal kedua Presiden dari 2019 hingga 2024, beberapa rombakan sudah dibuat sehingga kini.

Rombakan pertama pada 23 Disember 2020, menggantikan enam menteri bagi Kementerian Kesihatan, Kementerian Sosial, Kementerian Hal Ehwal Agama, Kementerian Perdagangan, Kementerian Hasil Laut dan Perikanan, serta Kementerian Pelancongan dan Industri Kreatif.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, rombakan kedua pada 28 April 2021 dilakukan bagi menempatkan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi yang baharu ditubuhkan dan Kementerian Lembaga Penyelarasan Pelaburan (BKPM) yang dinaikkan sebagai pejabat Kabinet.

Jokowi turut melantik Ketua dan Timbalan Ketua Nusantara Capital Authority yang merupakan badan peringkat kabinet pada 10 Mac tahun lalu.

Rombakan seterusnya berlaku pada 15 Jun lalu yang menyaksikan pelantikan menteri baharu Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Agraria dan Perancangan Bandar bagi Badan Tanah Negara (BPN) serta timbalan menteri baharu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Tenaga Kerja, dan Kementerian Hal Ehwal Agraria dan Perancangan Bandar.

Susulan kematian penyandangnya, Jokowi melantik Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Pembaharuan Birokrasi yang baharu pada 7 September lalu.



Sultan Brunei umum rombakan Kabinet, menteri wanita pertama dilantik

Jokowi bayangkan rombakan Kabinet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button