Sambal Sardin Telur Pecah

Sambal Sardin Telur Pecah
Sambal Sardin Telur Pecah

 

Kali ni Che Nom nak share menu ringkas, tapi laku keras sangat kalau time sahur ataupun pada waktu-waktu yang dah tak ada idea nak masak apa. Menunya ialah, sambal sardin telur pecah. Walaupun nampak simple saja menu ni, tapi sangat membuka selera. Bahan-bahan pun mudah saja.

Cara kita masak tu yang buat bagi lauk ni jadi special. Che Nom goreng dulu ikan sardin sebelum gaul dengan sambal, dan kuahnya kita tambah lagi tahap kepedasan bila letak cili kering. Taburan kentang dan cili padi goreng tu yang buat bagi extra special. Makan dengan nasi panas je dah cukup.

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan kisar halus:
    • ½ inci halia
    • 3 ulas bawang merah
    • 1 biji bawang besar
    • 5-6 tangkai cili kering
    • 3 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan lain:
    • Sedikit minyak masak
    • 1 biji kentang
    • 4-5 tangkai cili padi
    • 1 tin besar sardin
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar air asam jawa
    • Garam secukup rasa
    • ½ sudu kecil gula
    • 3 biji telur

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk Sambal Sardin Telur Pecah:
    1. Sediakan bahan kisar halus. Kisar halus kesemua bahan dengan sedikit air.
    2. Asingkan isi sardin dan kuahnya.
    3. Gaul kentang dengan garam secukup rasa.
    4. Panaskan sedikit minyak, lalu goreng potongan kentang sehingga masak serta keperangan. Angkat dan toskan minyak.
    5. Goreng cili padi sehingga agak layu. Angkat dan toskan minyak.
    6. Goreng isi sardin sehingga agak garing. Angkat dan toskan minyak.
    7. Tumiskan bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak.
    8. Tambah sos tomato, sos tiram, air asam jawa, garam, gula, ikan sardin goreng dan hirisan bawang holland.
    9. Masukkan kuah sardin dan masak sehingga pecah minyak.
    10. Masukkan telur, lalu biarkan sehingga telur masak mengikut cita rasa sendiri.
    11. Sesudah agak masak, taburkan dengan kentang goreng dan cili padi goreng.
    12. Kemudian, Sambal Sardin Telur Pecah sudah siap untuk dihidang.

 



Tip:

 

  • Jika tiada cili kering, boleh digantikan dengan cili kisar.

Resepi Sambal Tumis Sardin

Sambal Sardin Telur Pecah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button