Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat
Resepi kali ni ialah sambal telur rebus goreng. Che Nom akan fokus kepada sesiapa yang baru nak mula belajar masak sambal.
Bermula dari bahan kisar, cara proses cili kering, tips rebus telur (juga untuk kupas dgn mudah), tips goreng telur supaya tak meletup dan cara masak sambal yang pekat texture, berkilat dan tahan lama kalau kita masak dengan cara yang betul.
Sesuai sangat untuk menu rumah bujang sebab bahan tak banyak. Kalau Che Nom, makan dengan nasi putih panas saja dah cukup.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan kisar halus:
- 4 ulas bawang putih
- 4-6 biji bawang merah kecil
- ½ biji bawang besar
- Bahan-bahan lain:
- 1 mangkuk minyak masak
- ½ biji bawang besar
- 7 biji telur (saiz B)
- 15-20 biji cili kering
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- Sedikit air asam jawa
- 1 sb gula melaka
- Garam secukup rasa
- ½ sb serbuk seasoning
- 1 biji bawang merah
- Sedikit air, untuk berkuah
- 1 sb cuka
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk sambal tumis telur rebus:
- Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar.
- Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili kisar).
- Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam blender dan kisar halus.
- Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan).
- Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit
- Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang besar sampai lembut. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka.
- Kacau sampai pecah minyak.
- Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur rebus.
- Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut.
- Hidangkan sambal tumis telur bersama nasi putih.
Tip:
- Petua untuk mudah kupas kulit telur, tambah 1 sudu besar cuka semasa merebus.
- Untuk elakkkan telur meletup bila goreng, kelar sikit telur rebus sebelum goreng.
- Minyak jangan sikit sangat, takut lambat masak atau masak tak sekata.
- Minyak yang lebih (minyak yang terapung dalam sambal) Che Nom senduk keluar, dan boleh guna untuk tumis sayur atau nasi goreng.
Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir , Muhyiddin pasti cari peluang ‘tawan’ UMNO guna Proksi.
- Yang Mana Satu Nazarina, Pengarah Hydroshoppe Tuuu…
- Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap