Bapa OKU tanggung 7 anak risau tunggu keputusan hakim
Penjara atau bayar denda? , nasib berubah selepas ditegur peguam tak dikenali
Tidak kira kebaikan itu kecil atau besar, selagi membantu meringankan beban orang sekeliling, ia pastinya satu amalan yang murni.
Begitu jugalah kisah Aidil Akmal, seorang pengamal undang-undang yang menawarkan khidmat guamannya secara percuma kepada lelaki lanjut usia yang tidak dikenalinya dan merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Perkongsian asal di TikTok.
Dalam satu video tular di TikTok, Aidil menceritakan bagaimana lelaki itu sedang dibicarakan di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.
“Pagi tadi bila melangkah masuk ke dalam kamar mahkamah, ada seorang pakcik ni berbaju hijau sedang duduk atas kerusi roda sambil ditolak oleh anaknya yang masih bersekolah.
“Lalu aku pun cuba tegur pakcik tu tanya khabar sihat ke tak. Belum sempat pakcik tu buka mulut mata dia dah berkaca dengan linangan air mata.
“Dia beritahu dia baru je lepas operate potong kaki dan jari tangan sebab kencing manis,” kata Aidil menceritakan nasib lelaki tua tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
- Saingan sengit Naib Presiden Umno
- Sistem kehakiman Malaysia setara Junta Mynmar jika Kes Najiib diadu ke United Nation.
Pakcik itu menzahirkan kerisauan tentang keputusan perbicaraannya sambil mengakui tidak mempunyai wang untuk membayar denda.
“Hati aku mula sebak bila pakcik tu cakap dia risau sangat kalau kena bayar denda mahal, pakcik tak ada duit.
“Pakcik takut kena masuk penjara dik. Jadi aku pun tenangkan pakcik tu.
Jatuh air mata pakcik tu bila keluar mahkamah sebab dia takut kalau dia tak mampu bayar denda.
AIDIL AKMAL
“Aku cakap tak apa saya boleh jadi peguam pro bono untuk pakcik,” ujar Aidil memberikan pakcik itu satu harapan.
Istilah ‘pro bono’ dalam bidang perundangan merujuk kepada peguamsukarelawan swasta yang membantu klien mereka tanpa mengambil upah.
Setelah mendapat persetujuan, berbekalkan ilmu perundangan yang dimilikinya, Aidil memulakan gerak langkahnya untuk membantu.
“Jadi lepas pakcik tu dah mengaku salah depan hakim, aku pun mulakan hujahan rayuan.
“Hakim telah menolak permohonan pendakwaan untuk mengenakan hukuman denda dan telah bersetuju dengan hujahan peguam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Team ‘The Alternative’ kuasai pemilihan Umno
- Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO
- Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
“Hakim hanya memberikan amaran sahaja supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut,” terang Aidil tanpa menyatakan mengapa dia dibicarakan.
Rayuan yang dikemukakan Aidil bersandarkan kepada keadaan semasa pakcik yang sedang dibicarakan itu.
“Antara rayuan yang dikemukakan di hadapan hakim adalah pakcik merupakan seorang ayah yang mempunyai tanggungan seramai tujuh orang.
“Dan semuanya masih bersekolah, seorang OKU, isteri telah bercerai
“Dan beberapa lagi perkara lain yang melayakkan untuk hukumannya diringankan,” kata Aidil.
Menceritakan detik selepas keputusan perbicaraan dibacakan, Aidil berkata lelaki itu berjuraian air mata sebagai tanda syukur yang tidak terhingga.
“Jatuh air mata pakcik tu bila keluar mahkamah sebab dia takut kalau dia tak mampu bayar denda.
“Dia risau kena masuk penjara dan tujuh orang anak di rumah tak ada siapa yang jaga dan nak bagi makan,” kata Aidil yang turut berasa puas kerana dapat membantu mengurangkan beban pakcik itu.
Aidil menekankan bahawa perkongsian kisah ini bukannya untuk mendabik dada tetapi sebaliknya untuk mengajak orang lain membuat kebaikan.
“Jangan salah faham, cerita di sini bukanlah untuk mengaibkan pakcik tu tetapi untuk encourage orang di luar sana jangan berputus asa memberi manfaat kepada orang lain.
“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain,” kata Aidil menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu dengan kebaikan yang ditonjolkan Aidil untuk membantu.
“Sebagai seorang anak kepada ayah yang berkerusi roda, saya berterima kasih kepada abang.
“Tahniah, seronok kan bila apa kita buat atas dunia ni bukan hanya untuk puaskan diri. Terima kasih tolong pakcik tu.
“Tahniah Aidil, semoga ni jadi asbab untuk kamu masuk syurga,” kata sebilangan warga maya.
Bapa OKU tanggung 7 anak risau tunggu keputusan hakim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang