Lelaki ditahan buang kulit durian dalam kebun sawit

Lelaki ditahan buang kulit durian dalam kebun sawit

Lelaki ditahan buang kulit durian dalam kebun sawit
Sebahagian daripada kulit durian yang dikesan dilupuskan dalam kebun sawit dekat Jalan Tras Raub hari ini

KUANTAN: Tindakan seorang lelaki membuang kulit durian secara haram, mengundang padah apabila ditahan dalam kebun kelapa sawit dekat Jalan Tras, Raub, hari ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid, berkata pemuda berusia lingkungan 20-an itu ditahan penguat kuasa SWCorp Raub pada jam 10.30 pagi.

Katanya, tindakan itu berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam berlaku kegiatan membuang kulit durian secara haram di sekitar daerah Raub.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan penguat kuasa SWCorp Raub menjalankan operasi dan pemantauan berkala sampah haram di daerah Raub berikutan peningkatan aduan pembuangan kulit durian.

“Berikutan itu, satu kes dihasilkan mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Dalam operasi itu, seorang lelaki ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki melonggokkan sisa kulit durian di kawasan kebun terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kes terbabit, beliau berkata, tindakan selanjutnya diambil dan kertas siasatan dibuka bagi menuduh suspek ke mahkamah.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Sehubungan itu, SWCorp meminta semua pengusaha durian di daerah Raub mematuhi arahan yang ditetapkan mengikut Akta 672 dan melupuskan sisa di tempat yang dibenarkan sahaja.

“Setakat ini, kita sudah mengenal pasti lokasi lain dan percaya akan dapat menahan pelaku. Pada masa sama, maklumat daripada orang awam dialu-alukan untuk membantu menghalang kegiatan terbabit,” katanya.



“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Lelaki ditahan buang kulit durian dalam kebun sawit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button