Pelakon dibelasah hingga berlumuran darah
Tak penuhi ‘hajat’ suami 2 kali sehari kerana penat
GARA-gara hajat tidak dipenuhi, bekas pemenang Puteri Indonesia 1994, Venna Melinda, 50, menjadi mangsa dibelasah suaminya hingga berlumuran darah.
Insiden itu menyebabkan pelakon terkenal itu terpaksa membuat laporan polis gara-gara suaminya, aktor Ferry Irawan,45.
Kumparan.com melaporkan masalah tersebut salah satu sebab pasangan yang baharu berkahwin 10 bulan itu terjebak keganasan rumah tangga.
Venna dalam masa terdekat akan memfailkan permohonan cerai daripada Ferry Irawan. Tuntutan ini susulan ketidakupayaan pelakon berusia 45 tahun itu menahan perlakuan kasar sejak tiga bulan lalu.
Selain perlakuan kasar berupa penderaan, Ferry juga sering meminta layanan setiap hari.
Selepas kes ini, wanita itu hanya akan lebih fokus kepada anak dan kerjaya. Lebih-lebih lagi, ketika ini beliau sedang bersiap sedia untuk bertanding pada Pemilihan Umum Legislatif 2024 bagi DUN Tulungagung dan Kediri.
“Saya rasa ini sudah memadai. Saya mahu fokus pada kerja dan anak-anak saya,” katanya.
Venna juga menyatakan bahawa dia sangat trauma dengan keganasan yang dilakukan oleh Ferry. Walaupun, sebagai seorang wanita, dia mengakui sentiasa mahu mengekalkan perkahwinan dan menghormati suaminya.
“Saya sentiasa mahu menghormati suami, sebab itu saya bawanya ke daerah pilihan raya saya. Tetapi tidak sangka di Tuluagung dan Kediri saya mengalami keganasan rumah tangga yang teruk. Sekali lagi terima kasih kepada rakan-rakan saya, polis dan peguam,” katanya.
Peguam Venna, Hotman Paris memberitahu Tribunnews anak guamnya keluar dari bilik dan menjerit dengan hidung berdarah.
“Pertelingkahan mereka bermula kerana Venna Melinda keletihan. Dan kebiasaannya seorang suami berhak meminta perkara ini, ternyata begitulah keadaannya,” katanya.
Bukan itu sahaja, Hotman mendedahkan setakat ini hanya Venna yang menyara kehidupan rumah tangga mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah
- Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?
- Grobok Salai Negeri Sembilan
- Port Makan Terbaik Berdekatan Dengkil, Sepang, Bangi, Putrajaya & Cyberjaya
Melalui sebuah saluran YouTube, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah menceritakan kebiasaan mereka dan mendedahkan suaminya itu akan mengamuk seperti anak kecil sekiranya permintaan tidak dipenuhi.
Isteri berhak tidak melayan suami dalam beberapa keadaan
Kehendak naluri bersama ini perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi bagi wanita, hendaklah melayan kehendak suaminya. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolak, dan suami itu pun tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.”
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadis ini dalilharamnya seorang isteri menolak ajakan suamitanpa keuzuran yang syarak. Haid juga bukanlah keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimtak (berseronok) dengan apa terdapat di atas kain (selain daripada faraj).
Walaupun begitu, ada masanya syarak tidak membenarkan suami bersama dengan isterinya yang dikenali sebagai uzur syarie antaranya:
Mantan Mufti Wilayah dan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri pernah berkongsi terdapat beberapa keadaan isteri berhak menolak ajakan suami.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Desas desus Muhyiddin akan ditangkap tersebar.
- Panas! Muhyiddin tidak akan pulang Malaysia?
- Ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2023 akan jadi tumpuan.
Ada masanya syarak tidak membenarkan suami bersama dengan isteri kerana uzur syarie, antaranya:
1-Haid
2-Nifas
3-Sakit sehingga tidak mampu dari segi kudrat badan fizikalnya.
4-Boleh membawa mudarat. Hal ini dengan maksud, jika persetubuhan boleh membawa kemudaratan dan kesakitan bagi perempuan maka harus baginya untuk tidak menyahut ajakan suami.
5-Si isteri sedang melaksanakan kewajiban syarak seperti sedang solat fardu atau puasa fardu.
Free ferry rides in Penang till June 2023, if you’re Malaysian
Pelakon dibelasah hingga berlumuran darah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO