Resepi Biskut Chocolate Chip
Untuk mendapatkan biskut yang tebal seperti “Famous Amos” sudukan ke atas dulang rapat-rapat, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama minimum satu jam. Ingat, sudukan doh dulu kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk, sebab kalau dah sejuk dan keras susah pula nanti nak sudukan.
Ada yang komen cookies ni manis. Komen Che Nom ada 2 perkara:
- Bila resipi menyatakan penggunaan semi-sweet chocolate, sila lah guna semi-sweet chocolate.
- Anda boleh kurangkan gula dia dalam resipi ini kepada ‘3/4 cawan gula kastor’ dan ‘3/4 cawan gula perang’, tetapi rasanya sudah tidak akan sama seperti rasa asal lagi.
Kalau nak menyediakan biskut coklat chip untuk hari raya, elok disediakan dalam saiz kecil, kaupkan doh menggunakan sudu kecil sudah memadai.
Bahan-bahan:
- 1 cawan mentega (227g)
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan brown sugar
- 2 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
- 3 cawan tepung (plain flour)
- 1 1/4 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
- 2 cawan semi sweet chocolate chips
- 1 cawan badam cincang, bakar seketika
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven ke suhu 170C.
- Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
- Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
- Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
- Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Tip:
- Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.
Resepi Biskut Chocolate Chip
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Berlaku Ketirisan Perbelanjaan Kementerian Pertahanan, Nama Siapa Yang Bakal Naik
- Ismail Sabri pertahan atau tidak Naib Presiden?
- Pasca PAU2022, kejutan bakal berlaku Jumaat?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini