Chocolate Cheesecake Tanpa Bakar



Chocolate Cheesecake Tanpa Bakar
Chocolate Cheesecake Tanpa Bakar

 

Chocolate Cheesecake dengan lapisan bawah dari biskut oreo, dessert yang creamy dan penuh dengan rasa coklat, sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk. Siapa yang suka sangat coklat, oreo, dan juga cheese boleh cuba resepi ni. Gerenti tak cukup kalau makan sepotong. Coklat cheesecake ni tanpa telur, tak perlu guna oven dan juga tak perlu guna gelatin.  Untuk dapatkan GANACHE YG LICIN CANTIK, Che Nom suka guna Beryl’s (kategori harga yg berpatutan). Kalau boleh jangan guna coklat Van Houten, ganache tak cantik. Coklat berjenama premium lain takda masalah.

 

Bahan-bahan:

 

  • Untuk lapisan kerak bawah:
  • 1 1/2 bungkus biskut oreo atau 21 keping oreo
  • 60g /4 sudu besar mentega (garam atau tak bergaram)
  • Untuk adunan coklat cheesecake:
  • 500g krim keju/cream cheese
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2/3 cawan / 65g gula ising
  • 250g coklat gelap/dark chocolate
  • 250ml dairy whipping cream
  • Untuk ganache:
  • 150g coklat gelap/dark chocolate
  • 150ml dairy whipping cream
  • 1/2 sudu besar mentega

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk lapisan kerak bawah:
    1. Hancurkan biskut Oreo untuk lapisan bawah kek.
    2. Cairkan butter kemudian tuang ke dalam serbuk Oreo.
    3. Tuang adunan tadi kedalam loyang dan ratakan.
    4. Tekan rata dgn sudu.
    5. Simpan ke dalam peti sejuk.
  2. Cara-cara untuk adunan coklat cheesecake:
    1. Masukan creamcheese kedalam mangkuk adunan diikuti dengan susu pekat dan esen vanilla.
    2. Ayak gula icing ke dalam adunan cheese tadi.
    3. Lenyakkan kesemua sekali.
    4. Sediakan coklat.
    5. Double boil coklat sampailah cair dan licin.
    6. Tunggu sehinga sejuk dan masukan dalam adunan creamcheese tadi.
    7. Kacau rata kesemua bahan.
    8. Sediakan whipping cream.
    9. Putar whipping cream sampai jadi pekat kental.
    10. Masukkan whipping cream kedalam adunan cheese coklat tadi dan kacau sekata.
    11. Keluarkan loyang yang kita letak lapis oreo tadi dan tuang kesemua adunan cheese coklat.
    12. Ratakan permukaan, balut plastic dan masukan kedalam freezer 10 minit.
  3. Cara-cara untuk ganache:
    1. Masukkan whipping cream dalam periuk dan masak sehingga panas, Cukup sekadar panas mendidih di tepi.
    2. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi dark chocolate dan kacau sampai licih sekata. Tambah butter sikit supaya coklat ganache nampak kilat licin.
    3. Tuang ganache yang dah disejukkan (atau suam sikit) ke atas adunan cheese coklat tadi.
    4. Balut plastic dan sejukkan semalaman.

 

Tip:

 

  • Jangan guna coklat cip dalam resipe ini, coklat cip lebih tahan haba dan tak mudah cair bila panas. Ia tidak sesuai.
  • Untuk hasil permukaan ganache yang lincin, sentuh bubble kecil supaya hilang.
  • Untuk memudahkan kek ditangalkan lilit loyang dengan towel yang dicelup dalam air suam.
  • Untuk potongan cantik dan kemas, rendam pisau kedalam air panas, dan lap bersih setiap kali potongan.

Kek Chocolate Moist Tanpa Oven

Chocolate Cheesecake Tanpa Bakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker