35 individu terperangkap di tapak perkhemahan

35 individu terperangkap di tapak perkhemahan

35 individu terperangkap di tapak perkhemahan
Sekumpulan individu terperangkap di Campsite Tanjung Lompat, Kota Tinggi apabila terputus laluan keluar masuk ke tapak perkhemahan berkenaan. – Foto Ihsan BOMBA

KOTA TINGGI: Seramai 35 individu yang berkhemah di Tanjung Lompat di sini berdepan detik mencemaskan selepas terperangkap kerana jalan keluar terputus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.19 petang hari ini.

Beliau berkata, operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rozita Ramli dengan sembilan anggota.



Katanya, anggota Bomba mendapati laluan sedia ada tidak dapat digunakan oleh kumpulan berkenaan yang berkhemah di situ sejak dua hari lalu.

35 individu terperangkap di tapak perkhemahan
Sekumpulan individu terperangkap di Campsite Tanjung Lompat, Kota Tinggi apabila terputus laluan keluar masuk ke tapak perkhemahan berkenaan. – Foto Ihsan BOMBA

“Berlaku runtuhan tebing sungai mengakibatkan kumpulan individu berkenaan tidak dapat menggunakan laluan berkenaan, selain ada kereta yang terperangkap ketika cuba keluar kawasan itu.

“Bomba mendapatkan bantuan pengurusan sebuah hotel berhampiran untuk memberi kebenaran bagi kumpulan individu berkenaan menggunakan laluan alternatif,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya seramai 35 mangsa yang terperangkap di Tapak Perkhemahan Tanjung Lompat.



Katanya, mereka ialah 12 lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika berkhemah di Tasik Gubir

35 individu terperangkap di tapak perkhemahan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button