Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang



Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang

Foto hiasan – BERNAMAKUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan daerah di Johor yang terbabit adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sabah membabitkan daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Amaran berkenaan dikeluarkan menerusi Kemas Kini Amran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan MetMalaysia pada jam 6.30 pagi tadi.

Dalam pada itu, katanya hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di Pahang membabitkan daerah Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan; Melaka serta tiga daerah lain di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak iaitu di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei & Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) serta negeri Sabah iaitu di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu).

“Amaran hujan berterusan peringkat waspada juga dikeluarkan di tiga daerah di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta Sarawak iaitu di Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) selain kawasan Togod di Sandakan, Sabah,” katanya.

MetMalaysia turut meramalkan angin kencang 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh itu.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker