Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi
Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi

BANGKOK: Seorang ibu hamil dan anak perempuannya berusia enam tahun dari Malaysia yang melancong ke Thailand, maut selepas bot yang dinaiki terbalik berhampiran pantai wilayah Krabi, selatan negara itu pada Rabu.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari (waktu tempatan) itu, tiga sekeluarga iaitu wanita berusia 36 tahun bersama suaminya berusia 38 tahun dan anak perempuan mereka dalam perjalanan menuju Pulau Poda.
Gabenor wilayah Krabi, Passakorn Bunyalak, berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.
“Keluarga itu dan pengendali bot hanyut di laut sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan.
“Kesemua mereka dibawa ke darat di Jeti Klong Sai dan dikejarkan ke Hospital Krabi.
“Wanita itu dan anak perempuannya tidak sedarkan diri ketika nelayan menemukan mereka. Mereka kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media, hari ini.
Beliau berkata, suaminya dan pengendali bot warga Thailand berusia 45 tahun terselamat dan dilaporkan dalam keadaan baik, kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.
Ketika dihubungi BERNAMA, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid, berkata pejabat konsulat sedang berusaha memberikan bantuan yang sewajarnya untuk menghantar pulang jasad mangsa ke Malaysia.– BERNAMA
Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?
- Mungkinkah Jho Lo Dan Pasangan Beliau Yang Panjat Menara 118?
- Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk
- Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?
- Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini