Remaja lemas ditemui berpakaian lengkap

Remaja lemas ditemui berpakaian lengkap

Remaja lemas ditemui berpakaian lengkap

MUAR: Remaja berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang selepas mandi di Sungai Parit Haji Anuar, Batu 18, Ayer Hitam, Bakri, di sini, petang kelmarin, ditemui lemas, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mohtar, berkata mangsa, Muhammad Nur Hakim Zulkarnain ditemui pasukan penyelamat pada jam 10.30 pagi.



“Mayat mangsa ditemui di tebing sungai pada jarak 7.3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Remaja lemas ditemui berpakaian lengkap
Remaja berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang selepas mandi manda di Sungai Parit Haji Anuar, Batu 18, Ayer Hitam, Bakri, di Muar, Johor petang kelmarin, ditemui lemas pagi tadi. NSTP/Ihsan Bomba

“Operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa ditemui berpakaian lengkap.

“Ahli keluarga mangsa yang berada di lokasi kejadian telah membuat pengecaman identiti dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk tindakan selanjutnya.



“Kes disiasat mengikut laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

Remaja lemas ditemui berpakaian lengkap

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button