Mangsa banjir di Rompin meningkat

Mangsa banjir di Rompin meningkat

Mangsa banjir di Rompin meningkat
Anggota polis Rompin memantau jalan dinaiki air di Kampung Setajam, Telok Gading, Rompin. – Foto ihsan PDRM

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Rompin mencatatkan peningkatan apabila 352 orang daripada 105 keluarga direkodkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 3 petang ini.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), peningkatan itu susulan PPS Balai Raya Kampung Denai yang dibuka hari ini.

Berbanding 8 pagi tadi, seramai 323 mangsa daripada 97 keluarga di tiga PPS.

Empat PPS yang dibuka ialah PPS Kampung Setajam membabitkan 165 mangsa, Balai Raya Rekoh (122 mangsa), Balai Raya Bukit Lepas (40 mangsa) dan Balai Raya Kampung Denai (25 mangsa).

Sementara itu, maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin masih melepasi paras bahaya pada jam 3.15 petang ini.

Paras Sungai Keratong itu merekodkan bacaan 24.66 meter berbanding paras bahaya ditetapkan ialah 23 meter.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera pula merekodkan bacaan 30.72 meter iaitu melepasi paras waspada iaitu 29.70 meter.

Tiga maut nahas tiga kenderaan

Mangsa banjir di Rompin meningkat

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker