India sedia pintas China negara paling ramai penduduk di dunia
India sedia pintas China negara paling ramai penduduk di dunia

NEW DELHI: India bersedia memintas China untuk menjadi negara paling ramai penduduk di dunia menjelang pertengahan tahun ini.
Data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk India dijangka mencecah 1.4286 bilion, 2.9 juta lebih daripada negara jirannya iaitu pada 1.4257 bilion.
Lapor BBC, negara-negara Asia pula menyumbang lebih daripada satu pertiga daripada populasi global selama lebih 70 tahun.
Kadar kelahiran China merosot baru-baru ini dengan populasinya menyusut tahun lalu buat kali pertama sejak 1961.
Ramalan penduduk India itu yang disediakan dalam laporan State of World Population Fund (UNFPA) PBB adalah dalam bentuk anggaran kerana tiada banci di negara itu sejak 2011.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Yang Bakal Di Kambing Hitam Dalam Kes Minyak Masak KPDN
- MB Perak tempelak Khairy , “Biar orang UMNO urus hal UMNO”
- Ada pihak bimbang kerja konspirasi akan terdedah jika Najib bebas?
Selepas 140 tahun bancian tanpa gangguan setiap 10 tahun, bancian 2021 dibatalkan kerana Covid dan ditangguhkan ke 2022. Kini ia ditolak semula ke 2024.
Dalam temu bual dengan BBC, Ketua Anggaran dan Unjuran Penduduk PBB, Patrick Gerland berkata bahawa sebarang nombor tentang saiz populasi sebenar India adalah andaian naif dan berdasarkan maklumat serpihan.
“Kami tidak mempunyai data rasmi sebenar yang keluar dari India,” katanya.
Selain itu, PBB berkata, anggaran mereka tidak termasuk penduduk di dua Wilayah Pentadbiran Khas China iaitu Hong Kong dan Macau yang bersama-sama mempunyai lebih daripada lapan juta orang atau Taiwan yang Beijing lihat sebagai wilayah yang memisahkan diri untuk disatukan dengan tanah besar suatu hari nanti.
Taiwan melihat dirinya berbeza daripada tanah besar China dengan perlembagaannya sendiri dan pemimpin yang dipilih secara demokrasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim
- Saman dan gaduh dengan Anwar boleh bikin rakyat lupa Zeti dan Nazlan masih belum didakwa.
- Apa sebenar nya yang Lim Kit Siang mahu?
Pada bulan November tahun lalu, populasi global melepasi lapan bilion.
Tetapi pakar berkata, pertumbuhan tidak secepat dahulu dan kini berada pada kadar paling perlahan sejak 1950.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan
- Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?
- Saman Mahathir terhadap Anwar sekadar bidaan politik sahaja.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie