‘Mumia’ wanita ditemukan selepas empat tahun bersama nota minta bantuan
‘Mumia’ wanita ditemukan selepas empat tahun bersama nota minta bantuan

LONDON: Seorang wanita yang mempunyai masalah skizofrenia ditemukan di sebuah perumahan sosial dalam keadaan mengerikan seperti rangka mumia kerana dipercayai sudah meninggal dunia lebih empat tahun.
Paling menyedihkan, Laura Winham, 38, sempat menulis nota meminta bantuan pada kalendarnya tidak lama sebelum kematiannya, tetapi tiada seorang pun anggota perkhidmatan sosial mahu pun rangkaian sokongan yang datang membuat pemeriksaan.
Lapor Daily Star, bil gas dan elektrik Laura yang tinggal di flat di bandar Woking di Surrey juga terus dibayar melalui faedah perumahan malah pemeriksaan keselamatan gas tahunan juga turut direkodkan setiap tahun tanpa ada sesiapa yang menyedari hanya rangka manusia yang berada di dalam rumah itu.
Keluarga Laura terpaksa menyerahkannya kepada pasukan profesional perkhidmatan sosial atas permintaan wanita itu sendiri kerana dia dilaporkan mendengar suara di dalam mindanya yang menyuruhnya mencederakan mereka.
Mayat Laura hanya ditemukan pada Mei 2021 apabila keluarganya meminta bantu polis memecah masuk flat berkenaan selepas abangnya, Roy Winham yang datang melawat gagal membuka pintu dan ternampak kaki mangsa ketika mengintai melalui peti surat.
“Kami sentiasa berharap dia akan menjadi lebih baik dengan bantuan profesional dan suatu hari nanti hubungan kami akan kembali pulih.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zeti ; Anwar bersikap ‘No Action, Talk Only’?
- Definasi Setiakawan Bagi MCA Dan MIC
- Bila Rasuah Cuba Di Halalkan Dengan Penjenamaan Semula
- Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan
- Buka kes rasuah Zeti dan Nazlan boleh pulih imej perundangan negara.
“Kami tidak menyangka, akhirnya kami hanya menemui mayatnya yang sudah terbaring kaku di atas lantai sejak sekian lama tanpa diketahui sesiapa,” kata kakak mangsa, Nicky Winham.
Punca kematian Laura tidak diketahui namun selepas pihak berkuasa mengenal pasti identitinya melalui rekod pergigian, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia pada November 2017.
Laura mempunyai pelbagai masalah kesihatan, termasuk Sindrom Goldenhar, yang mengakibatkan perkembangan abnormal mata, telinga dan tulang belakang selain bergelut dengan kesihatan mentalnya sejak di awal usia remaja.
‘Mumia’ wanita ditemukan selepas empat tahun bersama nota minta bantuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?
- Mungkinkah Jho Lo Dan Pasangan Beliau Yang Panjat Menara 118?
- Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk
- Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?
- Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini