Tiga beranak rentung sempat makan malam bersama keluarga

Tiga beranak rentung sempat makan malam bersama keluarga

Tiga beranak rentung sempat makan malam bersama keluarga
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan unit rumah kedai yang musnah di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda. – Foto ZULIATY ZULKIFFLI

SUNGAI PETANI: Tiga beranak rentung dalam kebakaran di Kota Kuala Muda sempat makan malam bersama keluarga di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi.

Menurut Linda Yee, 48, yang juga sepupu kepada mangsa, Lee Chew Fong, 61, yang maut berkata, mereka kelihatan sangat seronok ketika itu tetapi tidak sangka itu makan malam terakhir mereka sekeluarga.

Chew Fong, 61, yang maut dalam kebakaran membabitkan lapan unit rumah kedai di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda, di sini hari ini.



Turut maut dalam kejadian jam 1 pagi, suami Chew Fong, Lim Yang Kooi, 66, dan ibu wanita itu, Yong Swee Lan, 92, yang ditemui dalam sebuah daripada lapan unit rumah berkenaan.

Menurut Linda, mereka bertiga tinggal di Bertam selepas membeli rumah di sana sejak setahun lalu dan hanya pulang ke rumah kedai itu pada setiap Isnin untuk berniaga pasar pagi di hadapan rumah kedai itu.

Katanya, ibu saudaranya pula sudah uzur dan bergerak dengan bantuan tongkat manakala sepupu dan suaminya itu pula sihat serta rajin bekerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal




“Mereka berniaga pakaian dan adalah generasi ketiga berniaga di rumah kedai berkenaan dan tidur di situ malam tadi kerana ada pasar pagi dan kereta susah nak masuk kerana ibu saudara saya tak larat berjalan.

“Mereka mempunyai lima anak tetapi seorang sudah meninggal, sekarang cuma hanya tinggal empat orang tinggal bersama di Bertam,” katanya.

Linda berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 6 pagi tadi selepas dimaklumkan ahli keluarga berhubung kebakaran itu.



Sementara itu, pemilik kedai perabot, Azizah Jaafar, 70, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang salah satu daripada lapan unit rumah kedai milik mereka itu musnah dalam kebakaran.

Katanya, kedai itu dibeli oleh arwah suaminya kira-kira 20 tahun lalu dan disewakan kepada peniaga kedai perabot berkenaan.

“Setiap bulan penyewa kedai perabot itu membayar RM400 kepada saya tetapi kini hilang semuanya selepas kedai itu musnah dalam kebakaran,” katanya.

Tiga beranak rentung sempat makan malam bersama keluarga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button