Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

Kagumnya melihat orang yang boleh berkawan dan bergurau senda dengan bekas kekasih. Bagi sesetengah orang adalah sukar untuk melupakan si dia apabila sudah berpisah. Kalau boleh tak nak ingat dan bercakap langsung. Kamu anggap si dia macam dah tak wujud di muka bumi ini lagi.

Tapi kita sebagai wanita yang kuat tentu tahu bahawa kita tidak boleh membiarkan kesedihan mengawal kehidupan. Sampai bila nak bermusuhan.



Berikut tanda-tanda mengesahkan kamu akhirnya betul-betul telah melupakan atau tiada rasa cinta lagi pada bekas kekasih. Kamu telah MOVE ON!

Langsung tak rasa apa-apa bila lihat si dia bersama wanita lain
Kamu tidak lagi merasa menyampah atau jelik melihat update si dia di media sosial (ini pun jika kamu masih berkawan dengannya).

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

Apabila perasaan benci atau cinta digantikan dengan sikap tidak peduli dan sikap acuh tak acuh, ia menunjukkan bahawa dia kembali menjadi orang yang tidak dikenali.



Tidak keberatan menjadi rakannya kembali
Kamu telah mencapai tahap di mana anda langsung tidak merasa apa-apa perasaan atau permusuhan dengannya dan tidak keberatan untuk berinteraksi dalam talian atau menjadi kawan semula.

Telah kembali aktif berkawan atau berkenalan dengan orang lain
Tanda yang paling menonjol setelah move on adalah kamu mula mencari pasangan baru. Walaubagaimanapun, jangan gunakan ini sebagai muslihat untuk rebound atau saja membuatkan bekas kekasih cemburu kerana kamu bakal sakitkan hati pasangan baru.

Tidak mengelak pergi ke tempat yang ada memori kenangan bersama
Mungkin selepas berpisah, masing-masing mengelak untuk pergi ke tempat yang menjadi kenangan bersama si dia. Kononnya takutlah kalau-kalau mengimbau kembali kenangan manis bersama.

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih
Tetapi kalau sudah move on, kamu tak kisah pun untuk pergi ke semua tempat walaupun ia memberi kenangan buruk. Kamu telah menyedari kenapa kamu harus berhenti hidup gembira hanya kerana seorang manusia seperti dia.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Kamu tidak lagi mengharapkan perdamaian
Pertunjuk terbesar setelah move on daripada hubungan yang gagal adalah kamu tidak lagi berharap untuk berdamai atau kembali kepada bekas kekasih.

Kamu juga tidak akan menunggu di telefon dan menjangkakan dia akan menghantar mesej atau menelefon dan meminta kamu kembali semula. Sekarang kamu telah menjadi lebih rasional, praktikal dan realistik.

Lepas ini kalau ‘bertembung’ dengan si dia tak perlu kelam-kabut nak lari.



Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button